Category: Kokurikulum

Pertandingan Kompang Peringkat Kuala Terengganu Selatan ( KTS )

Slide10SMIYT KTRG SBT  , 10 April : Pasukan kompang hari ini membawa cabaran bagi pertandingan Kompang Formasi bagi peringkat Kuala Terengganu Selatan ( KTS ) anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Ianya diadakan di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Semoga dapat membawa kejayaan.

Slide12

Sukan MASMAT Akhir 2014

Slide7SMIYT KTRG SBT , 10 April : Kontinjen SM Imtiaz Kuala Terengganu berjanji akan membawa kemenangan dalam pesta Majlis Sukan Sekolah Sekolah Menengah Agama Terengganu ( MASMAT ) yang bermula hari ini dan akhir esok.

Semangat ini perlu digalas oleh semua peserta bagi meraih kemenangan berganda. Harapan semua warga Imtiaz K.Trg semoga membawa kejayaan.

Kontinjen sekolah ini telah berjaya memasuki pertandingan akhir iaitu Pingpong lelaki ( Menengah Atas ) , Pingpong perempuan ( Menengah Atas dan Bawah ) , Bola Jaring ( Menengah atas dan bawah ) dan Sepak Takraw ( Menengah Atas ).

Slide5Slide1Slide2Slide3

 

MASMAT Awal , Imtiaz Kuala Terengganu Mula Langkah Kanan

Slide3SMIYT KTRG SBT , 11 Mac : Sekalung tahniah dan setinggi ucapan syabas kepada kontinjen sekolah ini yang telah berjuang dalam menghadapi pesta sukan MASMAT Peringkat awal yang telah bermula 6 Mac dan berakhir 8 Mac yang lalu di SM Imtiaz Kuala Berang.

Dalam temasya tersebut kontinjen pasukan perempuan dinobatkan johan keseluruhan dengan memenangi 4 acara iaitu Bola Jaring Menengah atas dan Bawah , Pingpong Menengah atas dan bawah manakala kategori lelaki Sepaktakraw menengah atas.

Pasukan tersebut akan mewakili peringkat akhir yang akan di adakan di Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) tidak berapa lama lagi.

Tahniah !!!!

IMG-20140308-WA0011Slide1Slide2Slide4

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

AL FATEH DRIVEN UMMAH

Semangat Juang Al Fateh

Slide196Slide198SMIYT KTRG SBT , 6 Mac : Majlis penyerahan bendera sekolah ke Sukan MASMAT telah diadakan petang kelmarin yang disaksikan oleh Puan Pengetua seterusnya menyerahkan bendera kepada ketua kontinjen untuk berjuang bagi merebut peluang dalam acara sukan.

Pertandingan ini diadakan bermual petang inidan berakhir petang sabtu nanti. SM Imtiaz Kuala Berang menjadi tuan rumah bagi temasya kali ini. Sebanyak 5 buah sekolah akan menyertai acara ini yang terdiri SM Imtiaz Besut , SM Imtiaz Kemaman , SM Imtiaz Dungun , SM Imtiaz Kuala Terengganu dan SM Imtiaz Kuala Berang.

Semoga semangat Al Fateh terus berada di dalam jiwa peserta sekolah ini.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

AL FATEH DRIVEN UMMAH