Category: Kokurikulum

Puan Norhayati Rasmi Penutup Perkhemahan Badan Beruniform 2014

Slide60KEM PENGAKAP TENGKU MUHAMMAD ISMAIL , 29 Mei : Perkhemahan Tahunan Badan Uniform yang berakhir hari ini telah dirasmikan majlis penutupan oleh Puan Norhayati binti Ibrahim, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar , Yayasan Terengganu.

Turut mengiringi beliau adalah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Semua Penolong Kanan dan guru yag terlibat.

Perkhemahan Badan Berunifrom ini merupakan aktiviti tahunan Sekolah yang merupakam aktiviti utama kegiatan Kokurikulum. Melalui akvtiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dapat dipupuk secara ‘ hands on ‘ dengan sifat yang mulia seperti bertoleransi , berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat dan syabas juga kepada Penolong Kanan Kokurikulum , Ustaz Md Nor bin Yahya serta jawatankuasa yang lain kerana telah berjaya mengadakan aktiviti ini.

Slide15Slide14Slide2

Slide4Slide3Slide5

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform 2014

KUALA TERENGGANU , 27 Mei : TERKINI – Perkhemahan tersebut diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin Kuala Terengganu.

Ianya bermula hari ini dan akan berakhir pada 29 Mei nanti. Program seumpama ini diadakan setiap tahun tetapi berbeza dari segi lokasi. Pada tahun ini telah diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin.

Hari Pertama

9.00 pagi – ketibaan semua peserta perkhemahan

Slide2Slide6Slide1

9.30 pagi – Dirian khemah

Slide33Slide36Slide15

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

4.00 petang – Team Building

Slide2Slide4Slide9Slide8

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

5.30 petang – Riadhah

Slide2Slide5Slide9

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

9.00 malam – Ceramah disampaikan oleh Pensyarah Unisza

Slide1Slide4Slide9

‘Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Hari kedua

9.00 pagi – Tazkirah Pagi oleh Ustaz Wan Ubaidillah

Slide1Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

10.00 pagi – Orienting oleh Jurulatih Kem Pengakap

Slide8Slide13Slide10

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

5.30 petang – Rentas Halangan

Slide23Slide38Slide50

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

9.30 malam – Malam Kebudayaan

Slide66Slide56Slide61

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Dikir Arab

Slide3SMIYT KTRG SBT : Dengarkan persembahan dikir Arab yang dibawa khas oleh pelajar-pelajar sekolah sempena pertandingan dikir Arab yang diadakan baru-baru ini di SM Imtiaz Besut, Terengganu.

Slide5Slide1Slide4

Persembahan Dikir Arab – VIDEO

KRS & Kadet Polis Johan Kawad Kaki

Slide43SMIYT KTRG SBT ,24 April : Kadet Remaja Sekolah ( kategori perempuan ) dan Kadet Polis ( kategori lelaki ) masing-masing dinobatkan johan dalam pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah yang telah diadakan pada sabtu baru-baru ini.

Manakala Ketua platun terbaik lelaki dimenangi oleh Che Mohd Afif Aiman bin Che Azih dari Kadet Bomba manakala Siti Maisraha binti Azmi dari Kadet Remaja Sekolah menerima anugerah ketua platun perempuan.

Semua hadiah disampaikan oleh wakil dari Yayasan Terengganu

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan Kawad Kaki 2014

Kategori perempuan

Johan : Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) – 1234 markah

Naib Johan : Pengakap – 1222 marakah

Ketiga : Puteri Islam – 1210 markah

 

Kategori Lelaki

Johan : Kadet Polis – 1200 markah

Naib Johan : Pengakap – 1186 marakah

Ketiga : Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) – 1123 markah

Slide96Slide73Slide100

Tahniah dan syabas

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI