Category: Kokurikulum

Larian Firqah 2015

Slide3SMIYT KTRG SBT , 29 Januari : Larian firqah peringkat sekolah yang diadakan hari ini penuh dengan warna warni. Setiap pelajar memakai pakaian firqah masing-masing.

Peserta lelaki dikehendaki menghabiskan larian sepanjang 8 kilometer manakala perempuan 5 kilometer. Tahniah kepada Ustaza Md Nor serta Ustaz Zakaria selaku SU Sukan kerana berjaya mengadakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua guru yang terlibat , sekalung tahniah dan syabas di atas kerjasama yang diberikan.

Berikut adalah keputusan rasmi pemenang larian firqah 2015.

Slide1

Slide2

Slide3

Slide4

Slide6Slide22Slide40Slide29Slide8Slide63Slide53

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Latihan Larian Firqah

Slide11SMIYT KTRG SBT , 27 Januari : Hari ini telah diadakan larian larian Firqah yang bermula jam 3.40 petang tadi.

Semua pelajar terlibat dalam larihan ini kecuali bagi mereka yang sakit sahaja. Latihan Larian ini telah dilepaskan oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan b Abd Ghani, Penolong Kanan HEM dan disaksikan oleh Ustaz Md Nor b Yahay, Penolong Kanan Kokurikulum.

Larian sebenar akan bermula pada hari khamis ini jam 3.30 petang.

Slide6Slide2Slide14

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Majlis Hari Raya Aidilfitri 2014 Peringkat Sekolah

Slide64SMIYT KTRG SBT , 3 Ogos : Majlis Hari Raya Aidiltri tahun ini telah disambut meriah pagi ini yang diadakan di Dewan Asyatibi.

Bukan hanya pelajar yang begitu ceria malah guru-guru juga menampakkan serinya dengan memakai baju raya . Bekas pelajar juga turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Pihak pengurusan sekolah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir & batin kepada semua warga sekolah.

Slide60Slide69Slide76

Gambar selanjutnya sila klik DISINI

Tahniah!!! Riezman Hafiz Dapat Pingat Gangsa Mahrajan Peringkat Kebangsaan

Slide3PAHANG : Pihak sekolah amat berbangga dengan kejayaan pelajar sekolah ini yang berjaya mendapat pingat gangsa dalam pertandingan Mahrajan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Sekolah Sukan Malaysia, Pahang bermula 30 Mei – 2 Jun yang melibatkan semua Negeri.

Mohd Riezman Hafiz bin Radzuan pelajar tingkatan 4 yang begitu sinonim dengan Mahrajan ini telah mewakili Negeri Terengganu bersama peserta dari sekolah lain. Beliau mengharumkan nama Negeri Terengganu amnya dan sekolah khasnya apabila pasukan lelajki berpasukan telah menggondol pingat gangsa.

Pingat Emas – Negeri Kedah

Pingat Perak – Negeri Selangor

Pingat Gangsa – Negeri Terengganu

Slide2Slide4Slide1

 

Tahniah dan Syabas.