Category: Hal Ehwal Murid

Bengkel Pengacaraan & Protokol Majlis 2025

Unit Perhimpunan dan Protokol Majlis sekolah telah menganjurkan sebuah bengkel Pengacaraan dan Protokol Majlis pada hari ini di Dewan As-syatibi, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang melibatkan 118 orang pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Badan Pengawas Asrama dan beberapa pelajar yang berminat dalam bidang pengacaraan. Pihak pengajur juga telah menjemput MC Diraja iaitu Tuan Haji Ahmad Syafri Husnaini bin Haji Mohamad daripada Jabatan Penerangan Negeri Terengganu sebagai moderator program ini.

Bengkel pengacaraan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar tersebut dalam mengendalikan majlis secara profesional. Bengkel ini merangkumi aspek teori dan praktikal, termasuk teknik pengacaraan, kawalan majlis, penggunaan gelaran rasmi, dan pembinaan keyakinan diri.

Objektif bagi bengkel pengacaraan ini adalah:
  • Memberi pendedahan dan pengetahuan dalam pengendalian pengacaraan dengan lebih jitu dan sistematik.
  • Mewujudkan dan mengembangkan potensi dalam diri pelajar yang ingin menjadi pengacara dalam sesuatu majlis.
  • Memberi kefahaman mendalam tentang cara melaksanakan tugas pengacaraan majlis dengan sempurna mengikut amalan protokol semasa.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Liqa’ Ulul Albab Kali Ke-3: Haji Wada’ & Pengajarannya

Program ini telah dianjurkan oleh pihak Badan Dakwah & Kerohanian sekolah yang mana peserta yang terlibat adalah semua pelajar Tingkatan 1 hingga 4. Program Liqa Ulul Albab dilaksanakan untuk menambahkan pengetahuan dan nilai tambah dalam diri pelajar. Silibus yang diguna pakai di dalam Liqa Ulul Albab adalah berdasarkan silibus BADAR KPM.

1️⃣ Menambah ilmu pengetahuan ahli Liqa’.
2️⃣ Mengasah bakat kepimpinan Nuqaba.
3️⃣ Mengeratkan ukhuwah sesama hali Liqa’.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Program Immersion Kecemerlangan 2025

Program Immersion Kecemerlangan Tingkatan 4 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah dan teknik pembelajaran dalam setiap subjek yang diajar seterusnya mengaplikasikan pengalaman dan pemahaman tersebut dalam pembelajaran di sekolah sendiri. Perkongsian ilmu ini berlangsung selama 5 hari yang melibatkan di antara 8 orang pelajar SEMSAS dan 5 orang pelajar Tingkatan 4 daripada sekolah ini

Objektif bagi program ini adalah:

1️⃣ Supaya murid dapat menerokai kelebihan yang terdapat di sekolah yang dilawati dan mengaplikasikannya di sekolah sendiri.
2️⃣ Memberi ruang dan peluang kepada murid meningkatkan akademik melalui pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.
3️⃣ Supaya murid dapat berkongsi kelebihan yang diperoleh sepanjang belajar bersama murid di sekolah lain.

Majlis Watikah Pelantikan Badan Pengawas Asrama

Ahad, 13 Julai 2025 : Watikah perlantikan Badan Pengawas Asrama telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah, Ustaz Md. Imran bin Md Nor di Dewan Asyatibi.
Beliau telah diiringi oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM seta guru-guru warden asrama.

Tujuan pelantikan badan pengawas asrama adalah untuk melantik pemimpin pelajar yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam membantu menjaga disiplin, ketenteraman, dan kebajikan penghuni asrama. Badan pengawas ini juga berfungsi sebagai contoh teladan kepada pelajar lain, serta membantu pihak sekolah dalam melaksanakan peraturan dan aktiviti di asrama. 

Galeri gambar boleh layari DI SINI.