Category: Asrama

Taklimat Asrama

KUALA TERENGGANU, 10 Jan : Satu taklimat asrama telah diadakan malam tadi bertempat Dewan Assyatibi.

Taklimat ini dihadiri semua pelajar tingkatan 1 yang baru mendaftar pada 8 januari lalu. Semua Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Pengawas Asrama telah hadir sama. Di antara penceramah malam itu ialah Penolong Kanan HEM selaku Ketua Warden, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani dan Penyelia Asrama selaku Warden, Encik Hanafi bin Mamat.

 

 

 

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

Jadual Minggu Suaikenal pelajar tingkatan 1

Mentor Mengiringi Pelajar Baru ke Asrama

KUALA TERENGGANU, 8 Jan : Setelah perjumpaan mentor- mentee selesai, pelajar baru telah dibawa ke asrama untuk menentukan bilik penginapan masing-masing. Kelihatan ibubapa begitu gembira dengan situasi ini dan tidak kurang pula pelajar tingkatan 1 yang tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi pembelajaran.

Patah Tumbuh Hilang Berganti

KUALA TERENGGANU, 7 Jan : Kalau tahun lepas, seorang pelajar asrama yang bercita-cita menjadi Imam di Masjidil Haram dengan mempunyai suara yang lunak, namun pada tahun ini, seorang lagi pelajar asrama yang mempunyai suara yang merdu dapat dikesan.

Di lahirkan di Taiping Perak. Anak sulong daripada 5 adik beradik. Beliau adalah Najib Solihin diputerakan pada 22 April 1995 oleh pasangan yang bertuah iaitu Encik Nassharuddin dan Puan Sabariah. Pada tahun 2008 hingga 2010, beliau belajar di Maahad Tahfiz Sains, Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan. Telah khatam Al-Quran 30 Juzuk ketika berusia 15 tahun. Tahun 2011, beliau telah memasuki sekolah baru iaitu SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Bercita-cita mendapat 11A+ dalam peperiksaan SPM nanti. Pernah menjadi Johan Hafazan dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sanawi Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu pada tahun 2011. Manakala tempat ketiga anjuran Jabatan pelajaran Negeri Terengganu bertempat di SMKA Sheikh Abdul Malek pada tahun yang sama.

Suara merdu dalam Bacaan Ayat Suci Al-Quran

SURAH AL FATIHAH

BACAAN AL-QURAN

 

Lawatan Ibubapa Gembirakan Anak

KUALA TERENGGANU, 7 Jan : Boleh dikatakan setiap minggu terutamanya hari jumaat dan sabtu serta hari kelepasan Am, ibubapa akan melawat anak mereka yang tinggal di asrama. Sekurang-kurang terubat kerinduan setelah seminggu tidak bertemu.

Asrama SM Imtiaz Kuala Terengganu merupakan Sekolah Berasrama Penuh dimana semua pelajar diwajibkan menetap di asrama. Pihak pengurusan Sekolah telah menetapkan hari untuk bertemu dengan anak mereka terutamanya pada hari minggu. Namun begitu, ada juga ibubapa yang datang bertemu dengan anak mereka pada hari persekolahan iaitu selepas waktu Asar. Semoga hubungan rapat antara ibubapa dan anak akan berterusan.

Mereka juga mengharapkan agar anak mereka sentiasa riang dan gembira dan selalu memberi dorongan agar dapat menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.