Category: Am

Lawatan Penandaaras dari Imtiaz Besut

Pada hari ini, 4/9/2024 (Rabu) ,10:00 PAGI, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menerima rombongan pelawat daripada SM Imtiaz YT Besut untuk Lawatan Penanda Aras Perkongsian Ilmu dengan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu.

Rombongan ini terdiri daripada 3 orang pentadbir dan 8 orang guru subjek. Kehadiran rombongan ini adalah untuk mendapat perkongsian ilmu bagi memantapkan subjek tertentu di sekolah mereka.

Untuk lihat gambar seterusnya sila KLIK DI SINI

Majlis Pelancaran Penutup Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah dan Mini karnival Kemerdekaan Tahun 2024

Pada hari ini, tanggal 3 September 2024 (Selasa) bertempat di Dewan As-Syatibiy SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Penutup Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah dan Mini Karnival Kemerdekaan Tahun 2024 yang dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohamed bin Yusoff selaku Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad Terengganu (ANGKASA)

https://www.youtube.com/live/I6vgjQAzkT4

Video Pelancaran Penutup

Nurin Sakinah ke Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan.

29 Ogos 2024 โ€“ Tahniah dan syabas kepada Nurin Sakinah binti Mohd Soberi pelajar sekolah ini yang telah melayakkan beliau untuk Anugerah Nilam Peringkat Kebangssan kategori Sekolah Menengah ( Bahasa Melayu ) yang akan diadakan pada 20 hingga 24 Oktober 2024.

Ianya dianjurkan oleh bahagian Sumber dan Teknologi Kementerian Pendidikan Malaysia,

Tahniah dan syabas, semoga anak Solehah pintar ini akan memperolehi kejayaan yang cemerlang.

MAHRAJAN | 3 Pelajar Wakili Negeri Terengganu

28 Ogos2024 โ€“ Tahniah dan syabas kepada Anak Soleh & Solehah pintar IKT yang telah menyertai Mahrajan Peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 27 Ogos 2024 di SMK Permaisuri Nur Zahirah Besut Terengganu.

3 Orang pelajar telah berjaya mendapat johan dan seterus mewakili Negeri Terengganu ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Ipoh Perak pada September nanti. Mereka adalah Ahmad Fawwaz Hilmi bin Tarmizi ( Johan Tilawah Lelaki ) , Muhammad Aiman bin Faisal Mizan ( Johan Tahfiz Juzuk 1-30 Lelaki ) dan Muhammad Habiburrahman bin Ahmad Fuad ( Johan Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 Lelaki )

Berikut adalah keputusan pertandingan ;

Johan Tilawah Lelaki
๐Ÿฅ‡AHMAD FAWWAZ HILMI BIN TARMIZI

Johan Tahfiz Juzuk 1-30 Lelaki
๐Ÿฅ‡MUHAMMAD AIMAN BIN FAISAL MIZAN

Johan Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 Lelaki
๐Ÿฅ‡MUHAMMAD HABIBURRAHMAN BIN AHMAD FUAD

Naib Johan Tilawah Perempuan
๐ŸฅˆSUFYA UMAIRAH BINTI SUKRI

Naib Johan Qiraat Sabโ€™ah Perempuan MA
๐ŸฅˆNAJWA SYAKIRA BINTI MAZLAN

Ke-3 Qiraat Sabโ€™ah Lelaki MR
๐Ÿฅ‡ABDUL AZIZ BIN SALAHUDIN

Ke-5 Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 Perempuan
๐Ÿฅ‡AINUL MARDHIAH BINTI MAZLAN

Saguhati Tahfiz Juzuk 1-30 Perempuan
๐Ÿ…NUR ALYA MAISARAH BINTI MOHD FAKHRURROZIE

๐Ÿง•๐Ÿป๐Ÿง‘๐Ÿปโ€
Guru Pembimbing:
๐Ÿ”ธUstaz Mohd Izzat B. Mat Nor
๐Ÿ”ธUstaz Mohd Fakhruddin bin Mat Ripin
๐Ÿ”ธUstaz Ahmad Syahir bin Yahaya
๐Ÿ”ธUstazah Mariyah binti Taib
๐Ÿ”ธUstazah Siti Fatimah binti Salleh
๐Ÿ”ธUstaz Muhamad Arif bin Yusoff
๐Ÿ”ธUstazah Aniqah binti Haji Azlan

Terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan IKT, guru-guru, ibu bapa dan anak-anak pelajar atas sumbangan, sokongan dan kerjasama.

WeLoveIKT #IKTNo1 #AlQuranMumtaz