Category: Am

Tahniah!!! SM Imtiaz Kuala Terengganu Johan Pertandingan Kebersihan Sekolah Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 4 Jan: Siapa sangka, baru 2 hari sesi persekolahan 2012 bermula, Sekolah telah dikhabarkan berita gembira iaitu mendapat tempat pertama dalam pertandingan Kebersihan Kawasan Sekolah kategori Sekolah Menengah peringkat daerah Kuala Terengganu Selatan.

Pertandingan ini adalah program Pendidikan Kebersihan Sekolah Tahun 2011 Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu. Dengan kejayaan ini, sekolah telah membawa pulang hadiah yang berjumlah RM 2,000.00. Penolong kanan Akademik, Ustazah Faidahnam binti Busu telah menerima hadiah tersebut dari wakil Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu pagi tadi.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru, kakitangan serta pelajar yang bertungkus lumus bagi memastikan kebersihan dan keceriaan dijaga dengan sempurna.

Sesi Persekolahan 2012 Bermula Hari ini.

KUALA TERENGGANU, 3 Jan : Sesi persekolahan bagi tahun 2012 telahpun bermula hari ini. Sebagai permulaan, semua guru dan pelajar berkumpul jam 7.40 pagi di Dewan Assyatibi.

Puan pengetua telah mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5.

Semoga pada tahun ini, semua pelajar diharap mempunyai azam yang kuat dan jitu samada dalam bidang hafazan mahupun akademik agar beroleh kejayaan yang lebih cemerlang. Dari aspek kerohanian serta sahsiah juga dapat dipupuk dengan lebih gemilang lagi.

Sesi Persekolahan 2012 Akan Bermula Esok

KUALA TERENGGANU, 2 jan: Tahun 2012 sudahpun membuka tirainya dua hari yang lalu. Ini bermakna  Sesi persekolahan bagi tahun 2012 akan bermula pada 3 januari iaitu esok. Walaubagaimanapun ramai pelajar SM Imtiaz Kuala Terengganu yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5 telahpun melaporkan diri hari ini kerana semua pelajar tinggal di asrama , manakala pelajar tingkatan 1 akan mendaftar pada 8 januri ini.Pendaftaran telah dilaksanakan sebelah petang tadi. Ramai ibubapa yang hadir bagi menjelaskan bayaran makan minum pelajar asrama dan sebagainya.

Kelihatan Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani serta guru hadir sama untuk melihat proses pendaftaran di dewan Assyatibi.

Semoga PMR dan SPM pada tahun ini akan terus cemerlang dengan melakarkan kejayaan demi kejayaan selaras dengan pengikhtirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Pelan Lokasi Sekolah