Category: Am

Sambutan Hari Guru Meriah

KUALA TERENGGANU, 16 Mei : Sempena Sambutan Hari Guru 16 Mei, warga guru seluruh Negara telah menyambut dengan meriah sekali.

Tidak ketinggalan warga sekolah ini yang menyertai pertandingan yang diatur khas oleh pelajar. Kemeriahan terpampang di wajah guru apabila acara pertandingan sukaneka di adakan jam 9 pagi. Banyak acara yang dipertandingkan seperti mewarna, terompah gergasi, sepak raga dan banyak lagi.

Turut serta bagi memeriahkan lagi acara tersebut ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Semua Penolong Kanan, Ketua Jabatan serta seluruh warga guru dan tidak ketinggalan kakitangan sekolah.

Pelajar juga tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada mereka bagi menjamin kejayaan duniawi dan ukhrawi.

 

SELAMAT HARI GURU

Lihat AKSI SPONTAN  DAN LUCU

Penyampaian Hadiah

KUALA TERENGGANU, 16 Mei : Sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, seperti biasa sekolah ini telah mengadakan acara untuk guru dan pelajar.

Setelah selesai semua acara yang dipertandingkan, semua hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua serta Semua Penolong Kanan.

Tahniah dan syabas kepada semua guru.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012

Gambar Penyampaian Hadiah

 

M. Khairil Asyraf Rangking ke 63 Dunia Pertandingan Catur

BANGKOK , 15 Mei : Seorang pelajar dari sekolah ini iaitu M. Khairil Asyraf pelajar tingkatan 3 telah melakar sejarah apabila mendapat tempat ke 63 dunia dalam pertandingan Catur Bangkok Chess Club Championship dalam kategori Challenger pada 13 April 2012.

Beliau telah bertolak ke Bangkok pada 12 April yang ditemani bapanya Encik Khairil Anuar.

Beliau telah menunjukkan kesungguhan dalam penyertaan tersebut.Antara pencabar beliau adalah Paulleandru Elauria dari Filipina, David A Gates dari England, Worasuda Atthaworadej , Nisakom Valyasevi , Pat Charoenkwan dari Thailand dan Norway.

Tahniah dan syabas kepada beliau kerana telah menaikkan nama Malaysia khususnya SM Imtiaz K.Trg di mata dunia.

Lihat AKSI MENARIK PERTANDINGAN

Puan Pengetua Rasmi Pelancaran Guru Penyayang

KUALA TERENGGANU, 15 Mei : Majlis tersebut telah di adakan di dewan besar Asyatibi jam 9 pagi tadi.
Sekolah penyayang perlu diperkasakan untuk menjadi satu pendekatan dalam membendung masalah social dan menangani gejala ponteng sekolah. Program guru penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insane yang cemerlang dari segi akademik, amalan, sahsiah dan tingkahlaku serta mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa.
Diantara objektif program ini adalah :
1. Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjasama kea rah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang.
2. Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
3. Memabntu menangani pelbagai masalah social dalam kalangan murid.
4. Meningkatkan perasaan kasih saying dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah terhadap murid-murid di sekolah.
Manakala konsep penyayang pula adalah :
1. Mampu menyumbang kea rah melahirkan masyarakat penyayang.
2. Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin tinggi.
3. Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang cakna terhadap anak didik di sekolah dalam segala aspek.
4. Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah.
5. Mampu membina jati diri murid serta dapat mengcungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka.
6. Mampu melahirkan guru-guru yang ‘first in, last out’ di sekolah.
Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh puan pengetua, Ustazah mardziah binti Che Abdullah.
Dalam program yang sama, seramai 4 orang pelajar telah diraikan kerana menyambut hari jadi mereka dengan memotong kek yang telah disediakan.
Sebelum majlis bersurai, semua mentor telah memberikan kek kepada mentee sebagi tanda simbolik kasih sayang guru terhadap pelajar.

Klik DI SINI untuk gambar selanjutnya