Pada 23 Oktober 2014 (Rabu) bertempat di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Team Al-Farabi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dengan Produk Inovasi “Hybrid Aquaponic Auto-X” telah mendapat kejayaan Anugerah Emas bagi Produk Inovasi STEM (Kategori Terbuka) dalam Pertandingan Terengganu STEM Outreach Workshop 2024 (Fasa 3)
TAHNIAH & SYABAS kepada Anak Soleh/Solehah Pintar IKT:
NAIB JOHAN Tilawah Sekolah Menengah Lelaki AHMAD FAWWAZ HILMI BIN TARMIZI
NAIB JOHAN Tahfiz Juzuk 1-30 MA Lelaki MUHAMMAD AIMAN BIN FAISAL MIZAN
TEMPAT KE-5 Tahfiz Juzuk 1-18 & 30 MR Lelaki MUHAMMAD HABIBURRAHMAN BIN AHMAD FUAD
Simpanan Tilawah Sekolah Menengah Perempuan SUFYA UMAIRAH BINTI SUKRI
Simpanan Qiraat Sab’ah MA Perempuan NAJWA SYAKIRA BINTI MAZLAN
atas sumbangan mewakili Negeri ke Peringkat Kebangsaan.
🧕🏻🧑🏻 Guru Pembimbing: 🔸Ustaz Mohd Izzat B. Mat Nor 🔸Ustaz Mohd Fakhruddin bin Mat Ripin 🔸Ustaz Ahmad Syahir bin Yahaya 🔸Ustazah Mariyah binti Taib 🔸Ustazah Siti Fatimah binti Salleh
Terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan IKT, guru-guru, ibu bapa dan anak-anak pelajar atas sumbangan, sokongan dan kerjasama.
Pada 26 -28 September 2024, Unit SEM dan Inovasi Sekolah di bawah UNIT ULUL ALBAB telah mengadakan satu Program Lawatan Eksplorasi Inovasi Digital dan Robotik ke Galaxy International Sdn. Bhd. kerjasama dengan Pusat Islam, Universiti Malaysia Terengganu
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan ialah :-
– bengkel penerangan dan model tentang Robotik
– Edu-Tour ke bahagian teknologi dlm pendidikan ( smart classroom, hybrid classroom, printing dll)
– sesi brainstorm kaedah penambahbaikan produk “Auto Makhraj” bersama Group Chairman daripada Galaxy International Sdn. Bhd iaitu Mr. Tony Tee Boonchai dan Pengarah Pusat Islam UMT, Prof Madya Dr Ruzaidi.
– Lawatan ke Taman Tema i-City – Lawatan ke Kilang dan Muzium Coklat, Beryls
Pada 25 September 2024 (Rabu) bersamaan dengan 21 Rabiul Awal 1446H bertempat di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus telah berlangsungnya suatu MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM KHAS ASASI ULUL ALBAB SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2024
Berikut adalah nama-nama pelajar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang mendapat Anugerah semasa program tersebut iaitu : PERSONALITI
Nur Auni Irdina binti Khairuddin 1 Ibnu Kathir
Muhammad Iman Al Harith bin Mohd Al Harsi 1 Ibnu Kathir