Category: Am

Ahlan wasahlan Kepada Semua Kontinjen NKISABK 2012

KUALA TEENGGANU 27 September : Selamt datang kepada smua kontinjen yang telah mendaftar sebentar tadi.

Perasmian pembukaan akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Encik  Hashim bin Mohd Zin jam 9 malam ini.

Menunggu ketibaan kontinjen NKISABK 2012

KUALA TERENGGANU 27 September : Jam 2 petang nanti, Sekolah ini akan menerima kontinjen Nadwah Kepemimpinan Islam SABK Peringkat KEBANGSAAN?

Seramai 378 peserta dari 14 buah negeri akan hadir.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Lawat Sekolah

KUALA TERENGGANU , 25 September : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Amin bin Senin bersama YM Tengku Mohd Yusuf, Ketua Sektor Jaminan Kualiti serta Encik Mustaffar , Pengarah Pengurusan Operasi PMO telah mengunjungi sekolah ini tengahari tadi.

Mereka telah disambut oleh Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Semua Penolong Kanan, Setiausaha Sekolah,Puan Che Kadijah Abdullah, Kaunselor, Puan Norhidayah, Ketua Jabatan Al-Quran Ustaz Ridzuan Aziz.

Tujuan kunjungan mereka adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi sistem yang diaplikasi di Sekolah.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Program Konsultansi Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kepada Guru-Guru dan Pelajar

KUALA TERENGGANU , 18 September : Warga sekolah pada hari ini melahirkan ucapan terimakasih dan berasa amat beruntung atas kehadiran Tuan Haji Wahid Setia, Timbalan Pengarah Pengurusan Institut Pendidikan Agama ( IPA) bersama Tuan Haji Ibrahim bin Ahma, Ketua Unit IPA SPI JPN Terengganu ke sekolah kami.

Tujuan kehadiran beliau adalah sebagai mewakili Pengarah BPI, Tuan Haji Abdullah Mat Din untuk menyampaikan hasrat memperkasakan 20 buah  sekolah SABK dan SMKA sebagai sekolah terpilih di seluruh negara.

Harapan agar dengan kehadiran beliau dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah untuk terus menjadi antara 10 sekolah terbaik negara.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI