Category: Am

Blog Video Sekolah

KUALA TERENGGANU : 6 Okt : Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung laman web sekolah .

Bagi memberi keselesaan kepada semua pengunjung blog, kami telah menyediakan satu laman web baru himpunan koleksi video aktiviti sekolah dari dahulu hingga kini.

Pengunjung bolehlah melayari laman web tersebut dengan menekan koleksi video aktiviti sekolah yang tertera di atas atau menaip www.videoimtiazkt.blogspot.com

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG VIDEO KAMI

Lawatan dari SK Balai Besar,Dungun

KUALA TERENGGANU, 4 Okt :Pihak sekolah hari ini telah menerima lawatan dari SK Balai Besar, Dungun.

Mereka telah diberi penerangan ringkas mengenai sekolah ini. Harapan kami agar ada dikalangan mereka berminat untuk memasuki sekolah ini.

Kursus Tajwid Siri 5

KUALA TERENGGANU,3 Okt : Kursus petang ini adalah lanjutan daripada kursus tajwid siri 4 yang lalu.

Kursus ini telah diadakan di dewan Asyatibi bermula jam 3 petang.

Ianya dihadiri oleh guru dan kakitangan sekolah yang dipimpin oleh Ustaz Azizul b Hasan, Pensyarah dari Institut Quran Terengganu.

Gambar kursus SILA KLIK DI SINI

Amanat Ketua Sektor Akademik Untuk Calon PMR 2012

KUALA TERENGGANU,3 Okt : Pagi ini Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNT, Tuan Haji Zuber bin Embong telah sudi meluangkan masa untuk memberi amanat penting kepada semua calon PMR sekolah ini di Dewan Asyatibi.

Pengurusan sekolah dan semua guru yang mengajar tingkatan 3 turut hadir.

Beliau banyak memberi perangsang kepada semua calon. Beliau mendoakan agar semua calon akan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Gambar seterusnya SILA KLIK DI SINI