Category: Am

382 Calon Menduduki Temuduga Pelajar Tingkatan 1 Ambilan 2013

SMIYTKTRG , 12 Disember : Seawal jam 7.15 pagi tadi, kelihatan ramai calon tingkatan 1 hadir untuk menduduki sesi temuduga bagi pengambilan pelajar bagi tahun 2013.

Setakat jam 10 pagi tadi, dilaporkan seramai 382 calon daripada 400 permohonan yang layak telah memenuhi ruangan bilik kuarantin bagi menghadapi sesi temuduga serta ujian hafazan Al Quran.

Calon terdiri daripada anak Negeri Terengganu dan juga calon dari luar Negeri Terengganu turut kelihatan.

Pada jam 10.30 pagi, satu taklimat khas telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Kamal bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu di Dewan Asyatibi.

Turut mengiringi beliau adalah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta YM Puan Syarifah Fathiah, Penolong Pengarah HEP Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu.

Keputusan temuduga dijangka akan diketahui mulai 27 disember 2012  ini dengan pengambilan pelajar baru bermula pada 6 Januari 2013.

Kepada semua ibubapa atau calon, bolehlah melayari laman web imtiaz di www.myimtiaz.com.my atau melayari laman web sekolah ini dari masa ke semasa untuk mengetahui keputusan tersebut.

Suasana hari temuduga KLIK DI SINI

Semakan Panggilan Temuduga Tingkatan 1 SM Imtiaz Yayasan Terengganu Sesi 2013

KUALA TERENGGANU , 6 Disember : Semakan panggilan temuduga bagi kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telahpun dibuka.

Sila klik link di bawah untuk membuat semakan. Pihak kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada yang berjaya dalam permohonan tersebut.

SEMAKAN PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN 1 AMBILAN SESI 2013.

Imbas Kembali Kehebatan Pelajar Imtiaz K.Trg

Najib Solihin – Johan Hafazan Peringkat Kebangsaan 2012

KUALA TERENGGANU , 2 Disember : Bagi memenuhi permintaan para pembaca blog sekolah, disertakan kembali 2 klik video mengenai kejayaan peserta sekolah iaitu Najib Solihin pelajar tingkatan 5 yang telah berjaya menduduki tempat pertama hafazan Peringkat Kebangsaan tahun 2012 dan pasukan Nasyid Bintang Mukmin mendapat tempat ke 3 Peringkat Negeri Terengganu.

Najib Solihin – Johan Hafazan Peringkat kebangsaan 2012

Pasukan Nasyid Soutul Imtiaz – Bintang Mukmin Tempat Ke 3 Peringkat Negeri Terengganu

Keputusan UPSR 2012 Diumumkan Hari Ini

KUALA TERENGGANU , 19 November : Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2012  telah diumumkan hari ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon UPSR. Bagi pelajar yang mendapat keputusan 5A dan ingin memilih Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu sebagai tempat untuk meneruskan pembelajaran, pihak kami mengalu-alukannya.

Semua pelajar bolehlah melayari laman web ini dengan membuat permohonan secara online. Sila klik permohonan Ting 1 Tahun 2013.