Photo0300SMIYT KTRG SBT, 11 Mac: Unit Dokumentasi sekolah telah mengadakan suatu bengkel untuk memuat naik berita semasa program-program sekolah bagi memantapkan lagi pengurusan laman web  sekolah.  Bengkel ini telah diadakan pada 11 Mac 2013 bertempat di bilik mesyuarat sekolah.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh ketua pentadbir laman web iaitu Encik Hanafi Mamat, dan dipantau oleh Penolong Kanan Pentadbiran Puan Faidahnam binti Busu, serta dihadiri oleh semua ajk unit ini iaitu Cik Saripah, Puan Che Khadijah, Encik Ridzuan dan Puan Suryana.