Author: admin

Program Transisi & Pembentukan Karakter Pelajar: “First Day At School”

Kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) daripada kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan dalam usaha mencegah pelakuan kes jenayah termasuk buli membabitkan pelajar. Kehadiran PPS memang untuk mencegah bukan sahaja kes buli tetapi lain-lain kes jenayah yg melibatkan pelajar dengan kerjasama pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Justeru itu, Pegawai Perhubungan Sekolah Daerah Kuala Terengganu, Inspektor Mohd Fadli Ismail telah hadir ke sekolah untuk memberi kesedaran tentang bahaya jenayah, dadah dan gengsterisme serta memberi khidmat nasihat keselamatan dan disiplin kepada semula pelajar sempena pembukaan penggal pertama persekolahan bagi sesi 2026 yang bermula sejak jam 7.20 pagi.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Perhimpunan Rasmi Sekolah Kali-1

Perhimpunan Rasmi Pertama Tahun 2026 telah diadakan sebagai pembuka tirai kepada sesi persekolahan baharu dengan penuh tertib dan bersemangat.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk semua guru dimulai dengan Tuan Pengetua yang berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada semua pelajar disepanjang perarakan masuk ke Dewan Assyatibi, diikuti nyanyian tiga buah lagu, bacaan doa dan ikrar dan ucapan pengetua yang melambangkan kesinambungan dan permulaan perjalanan pendidikan di bumi Imtiaz Kuala Terengganu.

Perhimpunan ini menjadi wadah penting untuk menyampaikan hala tuju Imtiaz Kuala Terengganu agar menjadi panduan bersama dalam membentuk sahsiah, disiplin dan kecemerlangan pelajar.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2026 kepada seluruh warga pelajar dan guru SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Semoga tahun baharu ini menjadi medan pelajar menimba ilmu, membina sahsiah dan menggapai cita-cita dengan penuh semangat dan iltizam. Buat guru-guru, teruslah komited mendidik dan membimbing generasi muda dengan penuh amanah, kerana setiap ilmu yang dicurahkan hari ini akan membentuk Malaysia pada masa hadapan.

Buat ibu bapa, iringlah perjalanan anak-anak dengan doa dan teladan yang baik. Semoga setiap ilmu dan nilai yang dipelajari membentuk mereka menjadi insan berakhlak, berilmu dan menyumbang kepada masa depan negara. Insya-Allah.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Kem Perkampungan Ilmu Siri 1 – SPM 2026

Unit Projek Kecemerlangan SPM 2026 telah mengajurkan sebuah kem khusus untuk semua calon SPM 2026 dengan penyertaan seramai 86 orang pelajar. Kem ini merupakan strategi awal untuk mencipta lonjakan keputusan pada peperiksaan TOV yang dijangka berlangsung pada akhir Januari 2026.

Antara objektif kem ini diadakan adalah:

  • Mendedahkan teknik menjawab soalan peperiksaan.
  • Mengulangkaji tajuk bagi silibus Tingkatan 4.
  • Mendedahkan tajuk bagi silibus Tingkatan 5.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.