Author: admin

Pingpong ( LA ) dan Badminton ( PA ) Kecundang Peringkat Separuh Akhir

DUNGUN , 13 Apr : Pasukan pingpong ( LA ) dan Badminton ( PA ) gagal meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir apabila kecundang kepasukan pasukan lain.

Pasukan pingpong ( LA ) tewas kepada SMAASZA Batu Buruk dengan 2 – 3 manakala Bandminton ( PA ) tewas kepada SMA Khairiah 2 – 3.

Walaubagaimanapun diucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan tersebut kerana berjuang habis-habisan bagi menaikkan nama sekolah.

Bola Sepak ( R ) dan Bola Jaring ( R )Meneruskan Cabaran

Dungun, 13 Apr : Semangat yang ditunjukkan oleh kontinjen pada hari kedua temasya sukan MASMAT akhir yang berlangsung di UiTM Dungun menyaksikan kemenangan bergaya Bola sepak ( R ) dan Bola Jaring ( R )

Dalam perlawanan bola sepak sebelah pagi tadi, pasukan sekolah berjaya menewaskan pasukan dari SMA Setiu dengan jaringan 2 – 0 seterusnya melayakkan diri ke perlawanan akhir nanti.Bola Jaring ( R ) menewaskan SMA ittifakiah dengan jaringan 29 – 23.

Pasukan sekolah telah menghantar 9 acara yang dipertandingkan di MASMAT Akhir dan sehingga ini 7 acara berjaya memasuki peringkat akhir.

Tahniah dan syabas diucapkan

Badminton ( LA ) Ke Final

Dungun, 12 Apr : Cabaran Badminton ( LA ) akhirnya terjawab apabila pasukan badminton lelaki atas berjaya menumpaskan SMA Marang dalam perlawanan yang begitu sengit pada sebelah malam. Perlawanan bermula jam 8.15 malam di Kompleks Sukan UiTM Dungun.

Pasukan sekolah telah berjaya memasuki perlawanan akhir apabila menundukkan lawan dengan mata 3 – 0.

Sehingga kini pasukan sekolah telah berjaya memasuki perlawanan akhir iaitu Pingpong ( PR ), Pingpong ( LR ), Bola jaring ( A ) dan Badminton ( LA ).

Semoga banyak acara lagi akan memasuki perlawanan akhir yang akan dipertandingkan pagi esok.

Tahniah dan syabas

Bola Jaring ( A ) dan Pingpong ( LR ) Layak Ke Akhir

Dungun, 12 Apr : 2 lagi acara yang dipertandingkan yang melibatkan pasukan Sm Imtiaz K.Trg telah menunjukkan kehebatan apabila acara bola jaring ( A ) telah melayakkan diri ke perlawanan akhir apabila berjaya menumpaskan pasukan dari SMAASZA Batu Buruk dengan keputusan 42 – 20.

Manakala Pasukan pingpong ( LR ) mengiringi pingpong ( PR ) ke perlawanan akhir apabila berjaya menewaskan pasukan dari SMA ittifakiah dengan keputusan 3 – 0.

Tahniah dan syabas

Keputusan terkini akan diumumkan dari masa ke semasa