Author: admin

SM Imtiaz K.Trg dan SMK Padang Midin Berkongsi Ilmu

KUALA TERENGGANU, 8 Mei : Seawal jam 8 pagi tadi, pihak sekolah telah menerima tetamu yang terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring bagi menyertai Program Kolaboratif Gemilang Bersama Pelajar SM Imtiaz K.Trg dan SMK Padang Midin.

Mereka telah didedahkan teknik menjawab soalan seterusnya menguji keilmuan mereka dengan menjawab soalan setiap matapelajaran yang diberikan.

Program ini amat sesuai diadakan demi melihat prestasi pelajar kedua-dua buah sekolah bagi menghadapi peperiksaan PMR 2012 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu tengahari ini.

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga kejayaan akan terus dinikmati.

Klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

Lawatan Dari Maahad Hamidiah Kajang Selangor

KUALA TERENGGANU, 30 Apr : Seawal jam 7.15 pagi, pihak sekolah telah menerima kunjungan guru dan pelajar dari Maahad Hamidiah, Kajang Selangor.

Rombongan tersebut telah disambut oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal, Ketua Jabatan Al Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz serta beberapa orang guru.

 

Gambar seterusnya

Peserta MASMAT Akhir Diberi Penghargaan

KUALA TERENGGANU, 29 Apr : Baru-baru ini SM imtiaz Kuala Terengganu telah melayakkan diri ke pringkat akhir Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama ( MASMAT ) yang telah di adakan di UiTM Dungun, Terengganu.

Dalam temasya tersebut pasukan sekolah telah berjaya mendapat 4 JOHAN iaitu Badminton Lelaki Atas, Bola Jaring Atas, Pingpong Perempuan Atas, dan Pingpong Perempuan Bawah ,2 Naib Johan iaitu Bolasepak Menengah rendah dan Bola JaringPerempuan Rendah serta 1 bagi tempat ketiga iaitu Badminton Perempuan Atas.

Bagi mengenang jasa mereka yang telah banyak membantu bagi menaikkan nama sekolah, satu majlis penghargaan telah di adakan di Dewan Asyatibi petang tadi. Semua hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Ustazah Faidahnam binti Busu dan Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya.

Tahniah dan syabas

Gambar peserta MASMAT

 

Penghargaan Untuk Pembentangan Terbaik Science World Programme

KUALA TERENGGANU, 29 Apr : Sempena Program Science World yang diadakan baru-baru ini, pihak sekolah telah memberikan penghargaan kepada beberapa orang pelajar dalam pembentangan Science World Programme terbaik yang telah disempurnakan di Dewan Asyatibi.  Semua hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu.

Tahniah dan syabas kepada mereka yang telah menunjukkan bakat serta berani bercakap dan juga dapat mengeluarkan idea-idea yang bernas bagi menjuarai kategori masing-masing.

Gambar penyampaian hadiah