Author: admin

KRS ( L ) Johan Keseluruhan Perkhemahan & Kawad Kaki Badan Beruniform 2013

Slide1SMIYT KTRG SBT , 15 Jun : Masuk hari terakhir Perkhemahan dan Kawad Kaki Badan Beruniform 2013. Pada hari ini diadakan acara kemuncak iaitu Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform. Ianya diadakan di dataran Imtiaz bermula jam 9.00 pagi.

Sebanyak 11 persatuan menyertai acara ini. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Tamidi bin Sidek, Penolong Pengarah Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Turut mengiringi beliau ke majlis tersebut ialah Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEP yang mewakili Puan Pengetua, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Kokurikulum serta semua guru penasihat persatuan.

Saksikan video bagi Johan Kawad Kaki – KRS ( L )

Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan.

MALAM KEBUDAYAAN

KATEGORI LELAKI

JOHAN – PENGAKAP

NAIB JOHAN – KADET POLIS

KETIGA – PBSM

 

KATEGORI PEREMPUAN

JOHAN – KADET POLIS

NAIB JOHAN – KADET BOMBA

KETIGA – PENGAKAP

 

MERENTAS HALANGAN

KATEGORI LELAKI

JOHAN – KADET BOMBA

NAIB JOHAN – KRS

KETIGA – PENGAKAP

 

KATEGORI PEREMPUAN

JOHAN – PENGAKAP

NAIB JOHAN – PPI

KETIGA – KADET POLIS

 

KHEMAH TERBAIK

JOHAN

LELAKI – PENGAKAP

PEREMPUAN – PENGAKAP

 

MODEL KHEMAH TERBAIK

JOHAN

LELAKI – PENGAKAP

PEREMPUAN – PPI

 

KAWAD KAKI

KATEGORI LELAKI

JOHAN – KRS

NAIB JOHAN – KADET BOMBA

KETIGA – PENGAKAP

 

KATEGORI PEREMPUAN

JOHAN – PBSM

NAIB JOHAN – KADET POLIS

KETIGA – KADET BOMBA

 

JOHAN KESELURUHAN

KRS ( L )

 

TAHNIAH DAN SYABAS

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Aktiviti Perkhemahan Hari Ke 2 Cukup Meriah

Slide57SEBERANG TAKIR, 14 Jun : Masuk hari ke 2 perkhemahan, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan pada sebelah pagi dan petang.

Pada sebelah pagi, pemeriksaan khemah telah dijalankan dan permainan paintball. Manakala sebelah petang pula telah diadakan aktiviti merentas halangan. Pelbagai gelagat lucu dan menarik kelihatan pada hari ini.

Terdahulu dari itu pada sebelah malam, aktiviti persembahan kebudayaan diadakan.

Slide13Slide72Slide109

Lihat aksi menarik peserta perkhemahan DI SINI 

Perkhemahan Badan Beruniform Dan Kawad Kaki 2013 Bermula

Slide25Seberang Takir , 13 Jun : Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform dan Kawad Kaki telah bermula petang ini.

Ianya diadakan di Kem Pengakap, Kem Tengku Muhammad Ismail Telaga Batin.Sebentar tadi telah diadakan aktiviti memasang khemah serta taklimat yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan KOKU, Ustaz Md Nor bin Yahya.

Pada sebelah malam nanti akan diadakan Aktiviti Malam Kebudayaan.

Slide4Slide16Slide30

Gambar aktiviti petang ini sila klik DI SINI

Lain Kali Nak Datang Lagi

Slide8SMIYT KTRG SBT , 13 Jun : Kunjungan dari Sek. Keb. Kompleks Seberang Takir pada 12hb memberi kepuasan kepada mereka apabila pihak sekolah menerima kunjungan itu.

Mereka adalah terdiri daripada guru pengiring serta 107 orang murid yang melawat sekolah ini. Mereka juga diberi taklimat ringkas mengenai pencapaian sekolah dan juga melawat persekitarannya.

Slide13Slide81Slide39

Lihat gambar menarik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.