Author: admin

Pelancaran 1 Murid 1 Sukan Peringkat Sekolah Tahun 2018

8fbbaf23-b2b9-4f67-b565-0e4aea2fd889SMIYT KTRG SBT , 1 Feb : Majlis Pelancaran 1 Murid 1 Sukan peringkat Sekolah telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua , Ustaz Md Imran bin Md Nor pada 31 Jan 2018 dan disaksikan seluruh Pengurusan Sekolah dan pelajar.

Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Gambar selanjutnya DI SINI

1eaaf4be-5d87-46f8-9d15-0a5fe1533fecda0856c8-f012-4e29-abd5-906d1f50e168

Hubungan Erat Ibubapa , Pengurusan Asrama dan Pelajar

6ea36f4d-0af2-4bf2-a4ce-00348d9b81e7SMIYT KTRG SBT , 31 Jan : Imtiaz Kuala Terengganu mengamalkan dasar keterbukaan kepada ibubapa yang sudi memberi sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun material yang lain.

Sehubungan dengan itu kesepakatan dalam hal ini telah dimeterai dengan adanya ibubapa yang ingin sama-sama membantu pihak sekolah dan asrama terutama mengenai keceriaan bilik anak-anak mereka.

Menghias bilik adalah salah satu daripada kerjasama erat di kalangan ibubapa . ada yang membantu memberi sumbangan berbentuk langsir yang dilakukan sendiri oleh mereka dan juga dibantu pihak pengurusan asrama.

Semoga usaha-usaha murni ini akan terus tersemat di hati ibubapa dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ibubapa , pengurusan asrama serta pelajar.

8e8ea8b9-4e31-4679-9f47-f3dfc74406cb673a2a07-1294-4846-b7bc-42b12f3d39fbaa3c1ff0-f1d7-42b9-8747-7eba487d7191bcc3e93b-1801-4266-b6ca-359c7b4f2837d8956a1f-0489-4fe1-897b-5238504b8bc5

Program Simulasi Buli Di Asrama

3fbbcc31-02e6-448f-a516-cbf146d22519SMIYT KTRG SBT , 30 jan : Satu program khas berkenaan buli di Asrama telah diadakan malam tadi di Dewan Asyatibi.

Selaras dengan KPI Tuan Pengetua, Ustaz Md Imran bin Md Nor , beliau telah menyatakan harapan agar tiada lagi kedengaran mengenai buli di Asrama.

Ianya juga selaras dengan kehendak Kementarian Pendidikan Malaysia dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Dalam program tersebut pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah dari Kaunselor SMKA Sheikh Abdul Malek. Cg. Mohd Nafis

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

a55f7f40-4c0e-4df0-bd0a-6c413ca93089ed280778-14ea-45e8-a9fb-f8245c30243e

Penyerahan Anak Angkat Program Projek SPM dan PT3 2018

7cb2c6f9-a350-4fd2-a8a7-eaab58b23b2dSMIYT KTRG SBT , 28 jan : Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz , Encik Mazlan bin Che Wil hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Anak Angkat secara simbolik bagi Projek SPM & PT3 bagi tahun 2018 di Dewan Asyatibi.

Beliau juga telah merasmikan Majlis Pelancaran Projek Inspirasi Menggapai Bintang, Akademik Dijulang, IKT Terbilang.

Semua Pengurusan Sekolah telah diberi amanah untuk mengawasi serta mengambil berat tentang anak angkat ini agar mereka yang akan menduduki peperiksaan awam terus mendapat kejayaan yang cemerlang bukan hanya di peringkat Negeri tetapi juga mengungguli peringkat Kebangsaan.

 

4c4d0e28-3b1c-48b4-b219-d825a9b15f3ac90b8110-e97f-4bad-bc93-e060feba69afc0699d16-b69e-487c-9e66-f615c11a2d40

Gambar selanjutnya sila klik di bawah

Perasmian Projek SPM & PT3 2018