Author: admin

Khatam Tadarrus

Slide2SMIYT KTRG SBT , 30 Julai : Majlis Khatam Tadarrus telah diadakan tengahari tadi yang melibatkan semua guru dan pelajar. Ianya adalah sempena Majlis Khatam Al-Quran yang akan bermula petang nanti dan selepas itu semua guru dan pelajar akan berbuka puasa bersama-sama di dewan makan.

Semoga program seumpama ini akan menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Slide6Slide13Slide17

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

National Science Challengee 2013

Slide15SMIYT KTRG SBT , 30 Julai : Sebanyak 5 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini peringkat Negeri Terengganu pada hari ini bertempat di Bilik Kuliah.

Ianya dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang melibatkan SM Imtiaz Kuala Terengganu, SMK Sultan Sulaiman, SMKA Tok Jiring, SMK Mak Lagam, Kemaman dan SMA Ittifakiah, Besut.

Berikut adalah keputusan penuh :-

Pertama – SMK Sultan Sulaiman

Kedua – SMKA Tok Jiring

Ketiga – SMK Mak Lagam

Keempat – SM Imtiaz Kuala Terengganu

Kelima – SMA Ittifakiah

Slide6Slide4Slide18

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Tahniah!!!!

 

Hari Kesedaran Kerjaya

Slide13SMIYT KTRG SBT , 29 Julai : Hari Kesedaran Kerjaya merupakan satu program khas untuk mereka yang ingin memilih bidang kerjaya yang sesuai bagi pelajar apabila ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.

Menurut Kauselor Sekolah , Puan Norhidayah binti Ibrahim, Program ini diadakan pada hari ini dan ianya memberi pendedahan tentang halatuju kerjaya yang diminati para pelajar pada masa hadapan. Sesi ini dibahagikan kepada 2 iaitu bengkel Panduan Perancangan Kerjaya yang dijalankan oleh The ARK ( Pusat Bimbingan & Kanseling Kerjaya, Selangor ) iaitu pada sebelah pagi.

sebelah petang pula para pelajar diberi pendedahan tentang kerjaya yang sebenar di mana setiap booth akan dikendalikan oleh satu jenis kerjaya seperti akauntan, peguam, ahli perniagaan, arkitek, jurutera dan sebagainya.

Pelajar akan mendapat pendedahan secara langsung daripada jenis-jenis pekerjaan dan berkongsi pengalaman dalam bidang kerjaya tersebut.

Slide5Slide14Slide7

Gambar selanjtnya sila klik DI SINI

Pelancaran 100 Hari Menjelang SPM 2013 & Peer Coaching

Slide85SMIYT KTRG SBT , 25 Julai : Projek Kecemerlangan SPM 2013 telah mengambil pendekatan dengan melancarkan 100 Hari Menjelang SPM 2013 yang telah diadakan pagi tadi yang telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh YM Tg. Mohd Yusuff bin Tg. Mansor, Ketua Sektor Jaminan & Kualiti, PPD Kuala Terengganu. Turut mengiringi beliau ialah puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan semua guru yang mengajar tingkatan 5.

Antara matlamat program ini adalah memastikan para calon SPM sentiasa bersedia dalam bentuk perkongsian ilmu, maklumat , kemahiran , sumber tenaga dan daya saing pihak pengurusan sekolah, guru dan pelajar dalam menghadapi SPM.

Disamping itu memastikan bahawa tahap kebersediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan adalah pada tahap terbaik dan optimum. Juga meningkatkan prestasi setiap pelajar secara individu, prestasi mata pelajaran dan prestasi sekolah amnya dalam peperiksaan SPM 2013.

Ianya juga menjadi pemangkin untuk pelajar mengenali potensi diri, mengukur kemapuan dan menyasarkan targer yang jelas dalam peperiksaan SPM 2013 yang merupakan penentu masa depan pelajar.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah

1. Pelancaran projek SMA 2013

2. Networking bersama SM Sains Faris Petra SBT

3. Kolaborasi bersama SESMA

4. Program Science World ( Fizik, Kimia, Biologi )

5. Kem Zera G Di Angulia

6. mKem Cuti Terancang

7. Program ‘Heart To Heart ‘

8. Jadual anjal berkala

9. Program Anak Angkat Pengurusan

10. Program pecutan sehabis daya bersama Imtiaz Besut

11. Temu Murni & Solat hajat.

Slide20Slide63Slide34

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

 

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.