Author: admin

Taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Slide1SMIYT KTRG SBT , 25 September : Satu ceramah berkaitan PPPM telah diadakan di dewan Asyatibi bermula jam 8 pagi tadi.

Ianya menerangkan transformasi yang dibuat oleh Kerajaan seperti GTP , ETP dan transformasi Pendidikan terutama dalam program kemenjadian murid.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Tengku Azlan bin Tengku Abdullah, Pen PPD Kuala Terengganu bahagian Pengurusan Sekolah.

Slide3Slide2Slide4

MPP , MPA , MPS & BADAR Terima Watikah Perlantikan Sesi 2013/2014

Slide116SMIYT KTRG SBT , 19 September : Upacara penyerahan watikah perlantikan Pengawas Sekolah dan Asrama kepada Pengawas baru sesi 2013 / 2014 telah dilakukan secara simbolik pada hari ahad yang lalu.

Ianya telah disaksikan oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani di dewan Asyatibi. Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) , Majlis Pengawas Asrama ( MPA ) , Majlis Pengawas Sekolah ( MPS) dan Badan Dakwah dan Kerohanian ( BADAR ) bagi sesi 2013 / 2014 telah menerima watikah perlantikan baru daripada PK HEM.

Semoga dengan perlantikan ini akan meneruskan perjuangan yang telah dilakukan oleh pengawas yang lalu dengan penuh iltizam dan semangat untuk menaikkan nama sekolah.

Slide84Slide55Slide95Slide53Slide64Slide106

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Tahniah dan syabas

 

Terima Kasih Cikgu

Slide1SMIYT KTRG SBT , 18 September : Seorang pelajar yang berasal dari Sibu , Sarawak sanggup datang ke Negeri Terengganu Darul Iman semata-mata minat yang mendalam terhadap menghafal Al Quran.

Beliau yang dimaksudkan ialah Muhd Khairul Izzuddin bin Khairul Suhaimi, pelajar tingkatan 1 yang kini berada di kelas 1 Ibnu Amir di Sekolah ini. Bapanya merupakan seorang guru di SMK Agama Sibu manakala ibunya seorang guru yang mengajar di SM Bandar sibu. Mempunyai 5 adik beradik dan beliau merupakan anak sulong. Disebabkan minat yang begitu mendalam , beliau sanggup berpisah sementara dengan ibubapanya semata-mata ingin mendalami ilmu Al Quran

 

Tahniah dan syabas . Semoga menjadi anak yang soleh pintar dan hafiz.

Lihat video ini

 

Lawatan Penanda Aras Dari 3 Buah Negeri

Slide4SMIYT KTRG SBT , 15 September : Hari ini pihak sekolah telah menerima kunjungan penanda Aras dari 3 buah negeri. Antaranya ialah dari SMK Infant Jesus Convert, Johor Bharu , SMK Yam Tuan Radim Lukut Port Dickson, Negeri Sembilan dan SMA Maahad Ehyak Diniah Kg. Gajah , Perak.

Ketiga-tiga rombongan ini telah tiba pagi tadi dan disambut mesra oleh pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada semua Penolong Kanan , Ketua Jabatan dan Setiausaha Sekolah.

Sebaik sahaja tiba di sini mereka telah diberi taklimat khas oleh Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip. Terdahulu dari itu, Ustazah Faidahnam binti Busu , Penolong Kanan Pentadbiran telah meyampaikan ucapan alu-aluan kepada ketiga-tiga rombongan tersebut.

Pihak rombongan melahirkan rasa terima kasih di atas layanan pihak sekolah dan juga merasa amat tenang sekali berada di sini dengan suasana Al-Quran yang menyinari sekolah.

Slide8Slide11Slide1Slide15Slide36Slide48

Gambar selanjutnya sili klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.