Author: admin

Kolaborasi Imtiaz K.Trg Dengan SM Sains Tg Muhammad Faris Petra

Slide3SMIYT KTRG SBT , 26 April : Seramai 15 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 bersama 3 orang guru pengiring telah memulakan program tersebut pada 22 April yang lalu dan telah berakhir pada 25 April.

Program ini diadakan di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhamamd Faris Petra.

Tujuan program ini adalah bagi mengambil input tentang pergerakan akademik sekolah tersebut yang sudah sedia maklum terkenal dengan kecemerlangannya terutama dalam matapelajaran Matematik Tambahan.

Semoga program ini juga akan memebri kelebihana kelebihan kepada pelajar khususnya dan sekolah amnya untuk melihat kejayaan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

Guru pengiring bagi program ini ialah Cikgu Siti Nadiah, Ustazah Zuraida dan Cikgu Herdawati binti Muda.

Slide1Slide2Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lawatan Bina Minda Dari SK Pulau Rusa Kuala Terengganu

Slide1SMIYT KTRG SBT , 24 April : Seramai 44 murid dan 4 orang guru dari SK Pulau Rusa Kuala Terengganu telah mengunjungi Sekolah ini jam 8.15 pagi tadi.

Mereka telah disambut mesra oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Che Kadijah binti Che Abdullah, Setiausaha sekolah dan Cikgu faridah, Kanselor sekolah.

Rombongan tersebut diketuai oleh Cikgu Abdullah Penolong Kanan serta 3 orang guru yang lain.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi motivasi kepada murid tahun 6 sebagai persiapan bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Mereka telah dibawa ke dewan besar dan surau bagi melihat sendiri kaedah hafazan Al Quran yang dilaksanakan di sini.

 

Slide6Slide5Slide11

Gambar selanjutnya akan menyusul

Amir Fahmi Naib Johan Hafazan Peringkat Negeri Terengganu 2013

Slide4SMK PENGKALAN BERANGAN : Pelajar Tingkatn 4, Mohd Amir Fami muncul naib johan hafazan kategori Sekolah Menengah dalam Majlis Tadarrus Al Quran dan Festival Nasyid yang diadakan di SMK pengkalan Berangan bermula 19hb dan berakhir 20 April 2013.

Sekolah ini telah menghantar 4 pasukan ke peringkat Negeri iaitu Tilawah lelaki, Hafazan lelaki, hafazan perempuan dan pasukan nasyid. Berikut adalah keputusan penuh yang melibatkan pasukan sekolah.

Hafazan lelaki – Naib Johan

Hafazan Perempuan – Ke 3

Tilawah – Saguhati

Nasyid – Saguhati ( saksikan persembahan nasyid ) – sila KLIK DI SINI

Slide2Slide3Slide1

Kejohanan MASSMAT Zon D : Imtiaz K.Trg Johan Keseluruhan

Slide450SM IMTIAZ BESUT , 13 April : Wira dan Wirawati Imtiaz K.Trg muncul Johan Keseluruhan  sukan MASSMAT Zon D apabila mendapat 7 Johan dan 8 Naib Johan dalam pesta tersebut yang diadakan di Imtiaz Besut bermula 11 April dan berakhir hari ini.

Imtiaz K.Trg yang diletakkan bersama 4 buah Imtiaz lain iaitu Imtiaz Besut, Imtiaz Dungun, Imtiaz K.Berang dan Imtiaz Kemaman.

Semangat yang ditunjukkan oleh wira dan wirawati memberikan keputusan cemerlang dalam pelbagai acara.

Berikut adalah keputusan penuh :

Slide38Slide30Slide70

Bola Sepak Men. Atas

JOHAN : Imtiaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz K.Trg

 

Bola Sepak Men. Ren.

JOHAN : Imtiaz Kemaman

NAIB JOHAN : Imtiaz Dungun

 

Bola TamparTerbuka Lelaki

JOHAN : Imtiaz K.Trg

NAIB JOHAN : Imtiaz K.Berang

 

Terbuka Perempuan

JOHAN :Imtiaz K.Berang

NAIB JOHAN : Imtiaz Dungun

 

Catur Lelaki

Men. Atas

JOHAN : Imtiaz K.Trg

NAIB JOHAN : Imtiaz Dungun

 

Men. Ren.

JOHAN : Imtiaz K.Trg

NAIB JOHAN : Imtiaz Dungun

 

Catur Perempuan

Men. Atas

JOHAN : Imtaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz Dungun

 

Men. Ren.

JOHAN : Imtiaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz K.Trg

 

Badminton

Lelaki Men. Atas

JOHAN : Imtiaz Besut

NAIB JOHAN : Imtiaz K.Berang

 

Men. Ren.

JOHAN : Imtiaz Besut

NAIB JOHAN : Imtiaz Kemaman

 

Perempuan Men. Atas

JOHAN : Imtia Besut

NAIB JOHAN : Imtiaz K.Trg

 

Men. Ren

JOHAN : Imtiaz Besut

NAIB JOHAN : Imtiaz K.Trg

 

Bola Jaring

Men. Atas

JOHAN : Imtiaz K.Trg

NAIB JOHAN : Imtiaz Dungun

 

Men. Ren

JOHAN : Imtiaz K.Trg

NAIB JOHAN : Imtiaz K.Berang

 

Sepak Takraw

Men. Atas

JOHAN: Imtiaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz K.Trg

 

Men Ren.

JOHAN : Imtiaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz Besut

 

Pingpong Lelaki

Men. Atas

JOHAN : Imtiaz K.Berang

NAB JOHAN : Imtiaz K.Trg

 

Men. Ren

JOHAN : Imtiaz Kemaman

NAOB JOHAN : Imtiaz Besut

 

Pingpong Perempuan

Men. Atas

JOHAN : Imtiaz K.Trg

NAIB JOHAN : Imtiaz K.Berang

 

Men. Ren

JOHAN : Imtiaz K.Trg

NAIB JOHAN : Imtiaz K.Berang

 

Petanque

Lelaki Terbuka

JOHAN : Imtiaz K.Berang

NAIB JOHAN : Imtiaz K.Trg

 

Perempuan Terbuka

JOHAN : Imtiaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz K.Trg

Lihat aksi menarik sepanjang temasya SILA KLIK DI SINI

 

SYABAS DAN TAHNIAH