
Author: admin
Program Inter Mahabbah Pelajar Tingkatan 1 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2026

Program Inter Mahabbah Murid Tingkatan 1 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) 2026 (Program Pertukaran Pelajar) merupakan inisiatif strategik Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu yang bertujuan memperkukuh jaringan ukhuwah, menggalakkan perkongsian amalan terbaik serta memperkasa pembentukan sahsiah dan kepimpinan dalam kalangan murid.
Program yang menghimpunkan 80 orang murid Tingkatan 1 daripada lapan buah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) ini memberi peluang kepada para peserta untuk menimba pengalaman pembelajaran dalam persekitaran baharu, membina hubungan erat antara warga Imtiaz serta meningkatkan keyakinan diri melalui pelbagai aktiviti yang dirancang.
Selain itu, program ini turut mendukung aspirasi Yayasan Terengganu dalam melahirkan generasi Ulul Albab yang cemerlang dari segi akademik, berakhlak mulia, berintegriti, berdaya saing serta memiliki jati diri yang kukuh. Melalui pelaksanaan program ini, diharapkan para peserta mampu mengembangkan potensi diri secara holistik dan seterusnya menjadi modal insan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara.

Karnival Semarak Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Terengganu 2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta Imtiaz KT serta guru pembimbing yang menyertai Karnival Semarak Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Terengganu 2026 baru-baru ini.
Penyertaan, komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang karnival ini mencerminkan kesungguhan dalam memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris serta membentuk pelajar yang berkeyakinan, kreatif dan berdaya saing.
Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam setiap pertandingan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengembangkan potensi diri dan mengharumkan nama sekolah serta Negeri Terengganu di peringkat yang lebih tinggi.

HANEEF BIN NOOR AZMAN
JOHAN โ Pertandingan Dare to Spell
Guru Pembimbing:
NURUL FATHIAH BT. RUSHADI
ABDUL AZIZ B. SHAHRUDDIN

AHMAD IBRAHIM ARRAYYAN BIN AHMAD FIKERI
MUHAMMAD AL AMIN BIN AHMAD FUAD
NAIB JOHAN โ Pertandingan Scrabble
Guru Pembimbing:
IZZAH FARHANI BINTI MD KHALID

AMALIA AFIYAH BINTI AHMAD TADIKA
MARYAM SHAFIYYAH BINTI AZHAR
JOHAN โ Pertandingan Poetry
Anugerah Best Impromptu
Guru Pembimbing:
ROZILA BINTI SULONG
NURUL ATIRAH BINTI ZAID
Kejohanan Tenis Bersiri Remaja Terengganu 2026 (MASTERS)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan pelajar Tingkatan 1, Anis Safiyyah binti Muhammad Aliff di atas pencapaian Tempat Ke-3 Bersama (Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun) dalam Kejohanan Tenis Bersiri Remaja Terengganu 2026 (Masters).
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada peringkat yang lebih tinggi. Diharapkan semangat juang, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan akan terus diperkasakan demi mengharumkan nama sekolah serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.
