Author: admin

MASMAT Awal , Imtiaz Kuala Terengganu Mula Langkah Kanan

Slide3SMIYT KTRG SBT , 11 Mac : Sekalung tahniah dan setinggi ucapan syabas kepada kontinjen sekolah ini yang telah berjuang dalam menghadapi pesta sukan MASMAT Peringkat awal yang telah bermula 6 Mac dan berakhir 8 Mac yang lalu di SM Imtiaz Kuala Berang.

Dalam temasya tersebut kontinjen pasukan perempuan dinobatkan johan keseluruhan dengan memenangi 4 acara iaitu Bola Jaring Menengah atas dan Bawah , Pingpong Menengah atas dan bawah manakala kategori lelaki Sepaktakraw menengah atas.

Pasukan tersebut akan mewakili peringkat akhir yang akan di adakan di Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) tidak berapa lama lagi.

Tahniah !!!!

IMG-20140308-WA0011Slide1Slide2Slide4

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

AL FATEH DRIVEN UMMAH

Semangat Juang Al Fateh

Slide196Slide198SMIYT KTRG SBT , 6 Mac : Majlis penyerahan bendera sekolah ke Sukan MASMAT telah diadakan petang kelmarin yang disaksikan oleh Puan Pengetua seterusnya menyerahkan bendera kepada ketua kontinjen untuk berjuang bagi merebut peluang dalam acara sukan.

Pertandingan ini diadakan bermual petang inidan berakhir petang sabtu nanti. SM Imtiaz Kuala Berang menjadi tuan rumah bagi temasya kali ini. Sebanyak 5 buah sekolah akan menyertai acara ini yang terdiri SM Imtiaz Besut , SM Imtiaz Kemaman , SM Imtiaz Dungun , SM Imtiaz Kuala Terengganu dan SM Imtiaz Kuala Berang.

Semoga semangat Al Fateh terus berada di dalam jiwa peserta sekolah ini.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

AL FATEH DRIVEN UMMAH

Pertunjukan Masakan

Slide28SMIYT KTRG SBT , 6 Mac : Pertunjukan masakan telah diadakan petang kelmarin di dewan asyitibi yang dikendalikan oleh sebuah syarikat ternama.

Ianya disaksikan oleh guru dan pelajar.

Slide39Slide35Slide38

Gambar selanjutnya sila klik DISINI

Pengarah Yayasan Terengganu Rasmi Pelancaran Projek PPMR dan SPM 2014

Slide8SMIYT KTRG SBT , 3 Mac : Tuan Haji Azmi bin Razik, Pengarah Yayasan Terengganu hari ini telah meluangkan masa untuk merasmikan Pelancaran Projek PPMR dan SPM 2014 yang diadakan di dewan Asyatibi.

Ketibaan beliau telah disambut oleh semua pengurusan sekolah yang diketuai oleh Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta semua Penolong Kanan dan Ketua Jabatan.

Dalam ucapan alua-aluan, puan pengetua mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir dan seterusnya merasmikan pelancaran tersebut.

Slide24Slide31Slide27Slide32 Slide90Slide34Slide38Slide42Slide54Slide63Slide66Slide74

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

AL FATEH DRIVEN UMMAH