Author: admin

Kaohsiung International & Invention Design Expo 2015 Taiwan

IMG-20151206-WA0083

TAIWAN , 7 Disember : Dalam usaha memartabatkan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu, Sekolah Berprestasi Tinggi yang juga menerima Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan ke Peringkat Antarabangsa , tidak kira musim cuti persekolahan .

2 pasukan rekacipta SM Imtiaz YT Kuala Terengganu Al Fateh Inventors telah menyertai pertandingan rekacipta KIDE 2015. Ianya telah diadakan pada 4 – 7 Disember 2015 bertempat di Kaohsiung International & Invention Design Expo 2015 Taiwan yang melibatkan 7 orang pelajar yang dibimbing oleh Cikgu Saripah Embong dan dibantu oleh Cik Mariam Rokayyah dan diketuai oleh Encik Rozman bin Mat Hazin ( Penolong pengarah Unit Kualiti & Inovasi BPI KPM.

Pasukan Al Fateh Inventors juga telah dibimbing oleh Fasilitator BPI iaitu Encik Taufik Suhaimi Ahmad. Dalam Expo ini , pasukan rekacipta dari sekolah ini telah mencapai kejayaan yang cemerlang iaitu mendapat GOLD MEDAL dari World Invension Intellectual Property Association ( WIIPA ) bagi rekacipta Dr Duster With Green Cleaner. Manakala rekacipta The Miracle of Multipurpose Soap telah menerima SILVER MEDAL juga dari WIIPA.

Pasukan rekacipta sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama pengurusan sekolah , guru-guru dan staff, pihak SBT , Yayasan Terengganu , Pihak BPI KPM, para penyarah UMT , Dr Zamzahaila , Encik Mohamad Husin, Dr Mohd Nizam Lani, Dr Yusnita, RA Puan Fadlina, Cik Adila, UNIMAP terutama Prof. Dr Mustafa Al Bakri, Para ibubapa keluarga , MPIBG , pihak Swasta AAS Enterprise , Arrayan, Man Advertising, Martinet System dan rakan – rakan yang yang banyak membantu sehingga mendapat anugerah di peringkat Antarbangsa.

IMG-20151206-WA0082IMG-20151206-WA0100IMG-20151206-WA0105

Klip video

Temuduga Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Ambilan Tahun 2016

Slide14SMIYT KTRG SBT, 2 Disember : Seramai 486 pelajar hari ini telah mengikuti proses temuduga bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 ambilan 2016.

SM Imtiaz YT Kuala Terengganu menjadi pusat temuduga yang melibatkan SM Imtiaz Kuala Berang dan juga SM Imtiaz Kuala Nerus. Proses temuduga ini bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 1245 tengahari.

Sebelum itu, Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman telah menyampaikan sedikit ucapan aluan sebagai tuan rumah kepada semua ibubapa yang hadir sebelum ucapan taklimat khas oleh Pegawai Yayasan Terengganu iaitu Encik Wan Azman bin Wan Abdullah, Penolong Pengarah Quranik, Bahagian Pengurusan Imtiaz serta ucapan khas oleh Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Imtiaz , Yayasan Terengganu.

Pihak Sekolah selaku tuan rumah pusat temuduga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pengetua serta guru dan staff dari SM Imtiaz Kuala Berang dan juga SM Imtiaz Kuala Nerus yang banyak memberi kerjasama dalam menjayakan proses temuduga pada kali ini.

Slide21Slide34Slide41Slide51Slide65

Sesi Temuduga Pengambilan pelajar Tingkatn 1 Ambilan 2016 – VIDEO

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

SM Imtiaz Kuala Terengganu Dapat Pingat Perak Peringkat Kebangsaan

IMG-20151130-WA0022

GENTING HIGHLANDS : Sekalung tahniah dan syabas diucapakan di atas kejayaan membawa pulang pingat Perak dalam Konvensyen Kajian Tindakan Sekolah Berprestasi Tinggi yang diadakan pada 23 – 25 November yang lalu.

Pihak sekolah telah menghantar wakilnya iaitu Cik Saripah binti Embong untuk membentangkan kajian tersebut.

Sebanyak 19 buah Sekolah yang telah menyertai konvensyen ini. Sekolah berkenaan ialah SK Seri Indera, SK Zainab 1, SK Seri Wakaf Baharu, Sekolah Tun Fatimah, SK Minden Height,  SK Putrajaya Persint 9, Sekolah Dato’ Abdul Razak, SK Bandar Uda 2, SK Seksyen 9, SM Imtiaz Kuala Terengganu, SK Convent, SK Tengku Mahmud, Sekolah Sultan Alam Shah, SK ( P ) Methodist 2, SK Sultanah Asma, SMKA Al Irsyad, SK Kampung Raja, SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra dan SM Sains Muar.

Wakil sekolah ini iaitu Cik Saripah telah berjaya memukau para hakim dengan penyampaian yang memuaskan mengenai kajian Tindakan sehingga mendapat Pingat Perak apabila keputusan diumumkan.

Kejayaan ini adalah hasil kerja semua pihak terutamanya pelajar tingkatan 3 IK ( ERT ) sebagai responden kajian serta tingkatan 3 Nafi’ dan 3 Abu Amru serta team inovasi yang banyak membantu.

IMG-20151130-WA0018IMG-20151130-WA0017IMG-20151130-WA0016IMG-20151130-WA0015IMG-20151130-WA0013IMG-20151130-WA0011IMG-20151130-WA0009

Tahniah dan Syabas!!!

Bengkel Penghasilan Video Kreatif

2015_1118_120537_003

SMIYT KTRG SBT , 18 November: Satu bengkel mengenai cara-cara menghasilkan video yang kreatif telah diadakan bermula 16hb dan berahir pada hari ini 18hb 2015.

Sebanyak 3 buah sekolah telah menyertai bengkel ini iaitu SMA Khairiah , SMA Sultan Zainal Abidin Ladang dan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Bengkel ini telah dikendalikan oleh 2 orang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP ) Negeri Terengganu.

Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip , Penolong Kanan Ulul Albab. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada 2 orang pegawai tersebut yang telah mengendalikan bengkel ini dengan jayanya.

2015_1118_120547_0042015_1118_132032_0012015_1118_132103_0042015_1118_132838_0012015_1118_133532_0022015_1118_134002_0012015_1118_134024_0022015_1118_134047_0032015_1118_134114_0042015_1118_134124_005

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.