KUALA TERENGGANU , 12 Februari : Wan Nur Hidayah binti Abdul Razak , Pelajar tingkatan 3 telah mengharumkan nama sekolah setelah ditabalkan JOHAN hafazan peringkat Negeri Terengganu kategori 1 – 10 Juzuk dalam Majlis Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Terengganu.
Beliau akan mewakili Negeri ย ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Mac di Negeri Kedah. ย Hadiah telah disampaikan oleh YB Encik Ghazali bin Taib , Exco Pendidikan Negeri Terengganu yang mewakili Menteri Besar Negeri Terengganu bertempat di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man malam tadi.
Bagi lelaki kategori yang sama , Aziz Abidin bin Azmi Puat pula mendapat tempat ketiga.
Tahniah dan syabas untuk anak-anak Al Fateh