
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah mengadakan Program ProCEM Sejarah: Klinik Intensif Sejarah sebagai salah satu inisiatif memperkukuh penguasaan dan meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.
Program ini memberi tumpuan kepada usaha memantapkan pemahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran, mengukuhkan penguasaan fakta sejarah serta meningkatkan kemahiran menjawab soalan dengan lebih berkesan.
Klinik intensif ini dilaksanakan dalam tiga sesi, iaitu sesi pagi dan petang pada 28 November 2026 (Sabtu).
Semoga usaha ini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha, menguasai ilmu sejarah serta mencapai keputusan yang cemerlang.