
Program Kuliah Subuh telah diadakan dengan jayanya pada 23 Oktober 2026 dan disampaikan oleh Ustaz Kamarool Azahar selaku Penolong Kanan Pentadbiran yang dihadiri oleh para pelajar.
Program ini bertujuan untuk memberikan pengisian rohani, meningkatkan kefahaman agama serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk membentuk sahsiah terpuji dan menggalakkan para pelajar mengamalkan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian.
Semoga program seumpama ini dapat memberikan manfaat dan menjadi dorongan kepada para pelajar untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan serta memperkukuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.