
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah menjalani Penarafan SK@S oleh pihak Jemaah Nazir pada 30 Sept dan 1 Okt 2026 bagi tujuan penilaian untuk Anugerah NYALA 2026.
Penarafan ini merupakan satu usaha penting dalam menilai kualiti pengurusan, keberkesanan pelaksanaan program serta kecemerlangan sekolah dalam memastikan sistem pendidikan yang berkualiti dan holistik dapat dilaksanakan secara berterusan.
Semoga sesi penarafan ini berjalan lancar dan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan seluruh warga sekolah untuk meningkatkan mutu pendidikan serta mengukuhkan kecemerlangan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu.