
Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan SPM 2026 Daerah Kuala Terengganu telah berlangsung melibatkan barisan pengetua sekolah-sekolah daerah Kuala Terengganu.
Program ini menjadi platform perkongsian maklumat, penelitian pencapaian peperiksaan serta perbincangan strategi intervensi bagi memastikan peningkatan prestasi akademik calon SPM 2026.
Melalui dialog ini, para pemimpin sekolah dapat berkongsi amalan terbaik, mengenal pasti cabaran serta merangka langkah penambahbaikan secara berfokus dalam usaha memperkasakan kualiti pendidikan dan kecemerlangan murid.
Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah, guru dan warga pendidikan terus menjadi pemangkin kepada kejayaan calon SPM 2026.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.