Majlis Ramah Mesra Madani YAB Perdana Menteri Bersama Pelajar Sekolah Tahfiz Negeri Terengganu

Pihak sekolah sangat berbesar hati menerima kunjungan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Ramah Mesra MADANI hari ini bersama lebih 1,500 pelajar sekolah tahfiz dari seluruh Negeri Terengganu. Majlis telah berlangsung kira-kira pada pukul 12.30tgh di Dewan As-Syatibi, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu.

Beliau diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Hasan.

Semoga majlis ini menjadi wadah memperkukuh ukhuwah dan menyuntik semangat buat para huffaz dalam menerajui masa depan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.