Perkhemahan Unit Beruniform 2025

Perkhemahan badan beruniform di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah diadakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2025 yang melibatkan 171 orang pelajar...

Majlis Apresiasi Inspirasi Ilmu, As...

Majlis Apresiasi Inspirasi Ilmu, Aspirasi Bestari Daerah Kuala Terengganu 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Dato' Razali Ismail, SK Sult...

Program Immersion Kecemerlangan 202...

Program Immersion Kecemerlangan Tingkatan 4 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah dan teknik pembelajaran dalam...

Lawatan Penanda Aras dari SMK Agama...

Seramai 9 orang pihak pengurusan dari SMK Agama Yan, Kedah telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu bagi program lawatan penandaarasan dan p...

Kurikulum

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025

Warga sekolah ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025 kepada anak-anak soleh pintar, batch Avenoir Tacenda. Semo...

Hal Ehwal Murid

Program Immersion Kecemerlangan 2025

Program Immersion Kecemerlangan Tingkatan 4 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pe...

Kokurikulum

Perkhemahan Unit Beruniform 2025

Perkhemahan badan beruniform di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah diadakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2025 yang melibatkan 171 ora...

Ulul Albab

Asrama

Majlis Watikah Pelantikan Badan Pengawas Asrama

Ahad, 13 Julai 2025 : Watikah perlantikan Badan Pengawas Asrama telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah, Ustaz Md. Imran bin Md Nor di Dewa...

Perkhemahan Unit Beruniform 2025

Perkhemahan badan beruniform di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah diadakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2025 yang melibatkan 171 orang pelajar Tingkatan 2-4 dengan pelbagai aktiviti. Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang diadakan bagi mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam menambah bakat kepimpinan serta semangat bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Program ini juga memberi pengalaman baru kepada pelajar untuk memasang khemah dan membina gajet dengan ikatan – ikatan yg telah dipelajari sebelum ini.

Objektif bagi program ini adalah:

1๏ธโƒฃ Memperkembangkan potensi, bakat dan kebolehan pelajar dalam aktiviti perkhemahan.
2๏ธโƒฃ Menghasilkan kerjasama berkumpulan dalam kalangan pelajar.
3๏ธโƒฃ Melahirkan pelajar yang bersifat kepimpinan dalam menguruskan pasukan masing-masing.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Majlis Apresiasi Inspirasi Ilmu, Aspirasi Bestari Daerah Kuala Terengganu 2025

Majlis Apresiasi Inspirasi Ilmu, Aspirasi Bestari Daerah Kuala Terengganu 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Dato’ Razali Ismail, SK Sultan Sulaiman ll, Kuala Terengganu.


Syabas dan Tahniah kepada Ayahanda Pengetua Cemerlang, Ustaz Md Imran Bin Md Nor di atas penganugerahan Anugerah Khas Pendidikan (Kepimpinan Menengah) dan Cikgu Herdawati Binti Muda atas kejayaan meraih Anugerah Guru Berwibawa (Guru Hebat Bahasa). Diharapkan ianya menjadi motivasi dan pembakar semangat kepada guru-guru yang lain.

Program Immersion Kecemerlangan 2025

Program Immersion Kecemerlangan Tingkatan 4 ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah dan teknik pembelajaran dalam setiap subjek yang diajar seterusnya mengaplikasikan pengalaman dan pemahaman tersebut dalam pembelajaran di sekolah sendiri. Perkongsian ilmu ini berlangsung selama 5 hari yang melibatkan di antara 8 orang pelajar SEMSAS dan 5 orang pelajar Tingkatan 4 daripada sekolah ini

Objektif bagi program ini adalah:

1๏ธโƒฃ Supaya murid dapat menerokai kelebihan yang terdapat di sekolah yang dilawati dan mengaplikasikannya di sekolah sendiri.
2๏ธโƒฃ Memberi ruang dan peluang kepada murid meningkatkan akademik melalui pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.
3๏ธโƒฃ Supaya murid dapat berkongsi kelebihan yang diperoleh sepanjang belajar bersama murid di sekolah lain.

Lawatan Penanda Aras dari SMK Agama Yan, Kedah.

Seramai 9 orang pihak pengurusan dari SMK Agama Yan, Kedah telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu bagi program lawatan penandaarasan dan perkongsian ilmu dengan sekolah ini. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendorong pertukaran pengetahuan, pengalaman dan penambahbaikan secara berterusan bagi menjamin kecemerlangan prestasi sekolah.

Ketibaan rombongan adalah sekitar pukul 9.00 pagi dan program dimulai dengan sesi fotografi di Dataran Ulul Albab. Kemudian pelawat telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar ucapan ringkas daripada kedua-dua pihak Pengetua dan seterusnya beberapa program lain seperti tayangan video korporat sekolah, tayangan slaid amalan terbaik sekolah, sesi soal jawab, menandatangani LOU dan penyampaian cenderahati. Secara keseluruhannya, program lawatan ini berakhir sekitar pukul 11.00 pagi.

Diharap lawatan ini mendapat manfaat dan impak positif untuk kedua-dua pihak sekolah bagi merangsang sekolah untuk mencari idea-idea yang lebih baik lagi untuk dilaksanakan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.