Piagam Imtiaz

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Yerengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya yang terbaik untuk:

  • Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat , kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketrampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.
  • Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.
  • Mewujudkan ‘biah solehah’ bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
  • Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.
  • Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.
  • Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah denga ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.
  • Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.