Archive for: January 2013

14 Petua Untuk Berubah

Menurut pakar motivasi, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, bagi menjadikan seseorang itu berjaya dalam kehidupan terutama dalam pelajaran, beliau menggariskan 14 petua untuk melakukan perubahan tersebut. Antaranya ialah :

1.Bentuk matlamat dengan jelas

2.Berdoa agar mendapat kekuatan untuk melakukan perubahan.

3.Berubahlah secara bersepadu dengan mengimbangi mental, emasi, fizikal, sosial dan rohani.

4.Tulis perubahan yang diingini pada kertas, baca dan sebut berulangkali.

5.Programkan dan gambarkan perubahan dalam minda sebelum tidur. Gambarkan 10 kali lebih berkesan daripada azam.

6.Wujudkan suasana yang merangsang perubahan.

7.Bebaskan imaginasi

8.Berkawanlah dengan orang yang positif dan sentiasa memberi galakan.

9.Lakukan perubahan langkah demi langkah.

10.Padamkan memori lama yang negatif dengan kemaafan dan doa.

11.Rujuk jejak kecemerlangan orang lain yang telah berjaya.

12.Minta maklum balas orang yang boleh dipercayai.

13.Cari guru / mentor yang dapat memimpin ke arah perubahan.

14.Beri ganjaran pada diri bagi setiap perubahan positif yang berjaya dilakukan.

Perjumpaan Firqah 2013

SMIYT KTRG SBT , 6 Januari : Sebanyak 6 Firqah telah mengadakan perjumpaan jam 3.30 petang tadi. Ianya diadakan di beberapa buah lokasi mengikut firqah masing-masing. Firqah yang bermaksud kumpulan menjadi satu program utama di sekolah ini. 6 firqah yang ditubuhkan mengambil nama daripada falsafah IMTIAZ iaitu Itqan, Mahabbah, Taqwa, Istiqamah, Akhlak dan Zaamah.

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, tujuan diadakan perjumpaan ini adalah untuk melantik jawatankuasa baru setiap firqah. Ianya juga untuk merancang segala aktiviti tahunan.

Tambahnya lagi, lokasi perjumpaan tersebut adalah di Bilik Makmal, Perpustakaan dan juga Bilik Kuliah.

Temuduga Guru Al Quran 2013

SMIYT KT SBT , 6 Januari : Seramai 111 calon Guru Al Quran akan menghadiri sesi temuduga bagi pengambilan tahun ini.

Menurut Ustaz Wan Azman bin Wan Abdullah, Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Agama & Al Quran, Yayasan Terengganu, kesemua calon ini akan ditapis melalui sesi temuduga oleh panel yang dilantik dari pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu.

Tambahnya lagi, calon yang layak akan diberikan kursus sebelum ditemuduga sekali lagi. Mereka yang berjaya akan di tempatkan di 5 buah sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu iaitu 19 orang di Imtiaz KT, 5 di Imtiaz KB, 10 di Imtiaz Dungun, 14 di Imtiaz Besut dan 9 di Imtiaz Kemaman.

Sesi temuduga bermula jam 10 pagi tadi dan dijangka selesai jam 4.30 petang nanti.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Taklimat Khas PK HEM Bersama Pelajar Asrama

SMIYT K.TRG SBT, 4 Januari : Kebiasaan setiap hari jumaat bermula jam 10.30 pagi diadakan program Kuliah Kerohanian untuk semua penghuni asrama iaitu minggu di mana pelajar tidak pulang ke kampung.

Namun begitu pada minggu pertama persekolahan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani telah mengambil  kesempatan ini untuk mengadakan satu taklimat khas mengenai sekolah yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Beliau juga telah menyampaikan taklimat mengenai bagaimana pelajar sekolah ini sentiasa mengamalkan konsep “Sikembang Cina” dan sikap “Proakktif” di kalangan pelajar dan berharap semua pelajar tidak lagi mengamalkan sikap reaktif dan juga aktif kerana pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi ini hanya “Proaktif” sahaja yang sesuai dengan maksud SBT.