Archive for: January 2013

Program Kolaborasi Akademik 2013

PENGKALAN CHEPA , 17 Januari : Seramai 21 guru dan kakitangan serta 21 pelajar cemerlang PMR dan SPM telah berangkat ke SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra jam 5.30 pagi tadi. Setelah tiba di sekolah tersebut jam 8.30 pagi, rombongan kami telah disambut mesra oleh Pengetua dan pengurusan sekolah serta Pengawas.

Menurut ketua rombongan, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Pentadbiran, tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk kolaborasi Perkongsian Pengurusan SBT yang mana sekolah ini merupakan Sekolah SBT Kohort 1 dan kita sebagai sekolah yang baru menerima pengiktirafan, ini adalah satu lawatan penandaaras bagi memberi pendedahan kepada guru-guru Imtiaz K.Trg untuk memahami prosedur-prosedur pengurusan SBT diantaranya membuat tuntutan, membuat KPI dan lain-lain yang berkaitan dengan SBT.

Tambahnya lagi, selain daripada itu, juga membuat perkongsian ilmu yang mana sekolah ini adalah sekolah yang terkenal dengan  Kecemerlangan akademik dan sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang  dalam peperiksaan PMR dan SPM. Diharapkan dengan lawatan ini, sekolah kita dapat mengambil sedikit sebanyak input yang boleh memberi kecemerlangan kepada pengurusan sekolah.

Lawatan ini berakhir pada jam 2.30 petang tadi.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Surat Tahniah daripada ALUMNI

SMIYT K.TRG SBT , 14 Januari : Hari ini sekolah telah diberi penghargaan dan tahniah daripada Alumni di atas pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Berikut adalah surat daripada Alumni KOSPINT

Bersama Ketua Waden

SMIYT K.TRG SBT, 13 Januari : Slot bersama Ketua Waden, Ustaz Ridzuan bin Aziz telah diadakan pada malam ini jam 9.30 malam bertempat di dewan Asyatibi.

Ianya merupakan salah satu program Minggu Silaturrahim bersama pelajar tingkatan yang bermula hari ini. Antara perkara yang diperkatakan kepada pelajar baru ialah mengenai peraturan asrama seperti menjaga kebersihan diri, kebersihan bilik, pakaian serta peraturan makan di asrama.

Progaram bersama Ketua Waden ini selesai jam 11.00 malam.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2013

 

Pelajar baru sedang mendaftar diri

SMIYT K.TRG SBT , 13 Januari : Ramai ibubapa tidak sabar-sabar untuk mendaftarkan anak mereka di Sekolah ini. Seawal jam 8 pagi tadi lagi, mereka sudahpun menunggu untuk mendaftar pada jam 9 pagi.

Selepas jam 10 pagi ramai ibubapa hadir bersama anak kesayangan mereka dan ada yang datang bersama atuk dan nenek.

Pukul 11.00 pagi, majlis ucapan selamat datang telah bermula. Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta semua penolong kanan, Ketua Jabatan turut hadir dalam majlis tersebut. Mereka telah diperkenalkan oleh Puan Pengetua. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar tingkatan 1 yang berjaya memasuki sekolah ini. Beliau juga telah beramah mesra dengan ibubapa dalam majlis perjumpaan di dewan Asyatibi setelah ditanya oleh ibubapa dalam beberapa soalan yang dikemukakan dan dijawab dengan penuh jelas dan padat.

Dalam majlis tersebut juga, satu gimik penyerahan pelajar baru kepada sekolah. Prof. Dr. Aziz bin Deraman merupakan wakil ibubapa menyerahkan anak mereka kepada wakil sekolah iaitu Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Setelah majlis tersebut selesai, pelajar baru kemudian ditemani oleh MPA dan Ketua Bilik masuk ke perkarangan asrama putera dan puteri. Kelihatan juga ibubapa sama-sama memeriahkan suasana dengan menemani anak mereka ke asrama.

Pada sebelah petang pula, program mengenali ketua bilik bersama pelajar baru diadakan di dewan. Begitu juga majlis bersama kaunselor. Kelihatan semua pelajar baru begitu bersemangat untuk memulakan persekolahan. Minggu suaikenal bermula petang tadi dan akan berakhir pada 17 Januari 2013.

Pihak Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua MPP, MPA, MPS serta Ketua Bilik yang telah membantu pengurusan sekolah dalam melancarkan lagi sesi pendaftaran pelajar tingkatan 1.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI 333 fhoto