Archive for: October 2012

PMR 2012 Bermula Hari Ini

KUALA TERENGGANU, 9 Okt: Seramai 139 calon PMR Sekolah telah mula menduduki peperiksaan yang bermula pagi ini.

Hadir sama ialah Puan Pengetua bersama semua guru yang mengajar tingkatan 3. Turut kelihatan YDP MPIBG Tuan Haji Mohd Zulkifli serta ibubapa pelajar.

Semoga semua calon dapat menjawab dengan lebih tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

 

Perasmian Penutup International Chess Championship 2012

KUALA TERENGGANU, 6 Okt : Kejohanan Antarabangsa tersebut telah disempurnakan perasmian penutup oleh Encik Azman bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Unit Bahasa Inggeris, Sektor Pengurusan Akademik JPNTyang memwakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu petang tadi.

Beliau telah diiringi oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Kokurikulum Ustaz Md Nor bin Yahya serta beberapa orang guru.

Keputusan penuh sila layari www.caturterengganu.blogspot.com

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Blog Video Sekolah

KUALA TERENGGANU : 6 Okt : Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung laman web sekolah .

Bagi memberi keselesaan kepada semua pengunjung blog, kami telah menyediakan satu laman web baru himpunan koleksi video aktiviti sekolah dari dahulu hingga kini.

Pengunjung bolehlah melayari laman web tersebut dengan menekan koleksi video aktiviti sekolah yang tertera di atas atau menaip www.videoimtiazkt.blogspot.com

SELAMAT MENGUNJUNGI BLOG VIDEO KAMI

SMIKT-ETA International Chess Championship 2012

KUALA TERENGGANU , 6 Okt : Seramai 50 peserta dari beberapa buah sekolah terlibat dalam pertandingan ini.

Sekolah yang terlibat adalah SM Imtiaz Besut, SMK Tun Telanai, SK Tengku Bariah, SK Sultan Sulaiman 1.

Menurut Penyelaras Catur SKK, Puan Faridah binti Samat, Pihak sekolah jiga telah mengundang beberapa orang guru dari English Teacher Assisstent dan Arabic Teacher Assisstent iaitu Jonathan Christensen dari USA, Salleh AS dari Jordan, Abber MH juga dari Jordan.

Perasmian penutup dijangka dirasmikan oleh Encik Azman bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris, Sektor Pengurusan Akademik, JPNT pada jam 5.30 petang nanti.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI