Slide15SMIYT KTRG SBT, 14 Januari : SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar Tingkatan 1 seluruh SM Imtiaz Terengganu.

Minggu Suai Kenal ini adalah sempena program seminggu yang diadakan bagi seluruh pelajar tingkatan 1 setiap sekolah yang telah mendaftar pada 10 Januari baru-baru ini.

Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Zubir bin Embong, Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu. Mengiringi beliau dalam majlis tersebut ialah Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Imtiaz, Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu , Pegawai Yayasan Terengganu , semua Pengetua SM Imtiaz Terengganu, guru-guru  serta ibubapa.

Dimulakan dengan ucapan Wakil pelajar tingkatan 1 disusuli dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman, kemudian ucapan oleh Encik Mazlan bin Che Wil seterusnya ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Mohd Zubir bin Embong, Speaker DUN Negeri Terengganu.

Slide37Slide10Slide53Slide49

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI