Slide16SMIYT KTRG SBT , 14 Julai : Majlis berbuka puasa atau ifthor jama’ie 2013 telah diadakan pada petang tadi di sekolah ini.

Dalam majlis tersebut juga, satu pelancaran CD Bacaan Al-Quran telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Puan Hajjah Kamariah binti Isa, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah & Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam , kementerian Pelajaran Malaysia.

Turut mengiringi beliau adalah Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Ustaz Wan Azman bin Wan Abdullah yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu, Ustaz Sayuti bin Umar , Ketua Unit Budaya & Syiar, Pengetua SM Imtiaz serta ibubapa.

Menurut Puan Hajjah Kamariah, beliau sangat berterima kasih di atas sambutan yang diberikan dan di luar jangkaan beliau. Teks ucapan beliau sebagaimana di bawah.

Selepas merasmikan pelancaran CD Bacaan Al-Quran , program seterusnya ialah tazkirah di surau sekolah disusuli solat maghrib dan solat hajat dan seterusnya majlis berbuka puasa serta solat tarawikh berjamaah.

Slide25Slide82Slide59

Ucapan Aluan

Ucapan Perasmian

Qasidah 1

Qasidah 2

Qasidah 3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI