a8045ddf-0968-441d-9548-6b32668d7116

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS , 10 April : Sekalung Tahniah kepada Team Inovasi Sekolah yang diketuai oleh Cikgu Saripah binti Embong bersama 3 orang pelajar telah mendapat penghargaan yang begitu tinggi apabila ditawarkan membuat pameran di Romania bermula 19 hingga 21 Mei 2016.

International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-envex 2016) yang bermula pada 8-10 april 2016 telah diadakan di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis ( UNIMAP ) yang disertai sebanyak 20 buah Negara dan 123 buah high School. SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dalam kategori A iaitu Agriculture,Environmental and Renewable Energy.

Sekolah ini telah mencapai gold Prize dan Special Award daripada Romanian Inventors Forum (RIF) iaitu special price:Free Booth at 8th European Exhibition of Creativity and Innovation 19-21 may 2016 di Iasi-Romania. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4 iaitu Afrina Mardhiah bt Ab Manan ,Nur Athirah bt Noor Asa’ari, Hanie Hayatie bt Hashim dan guru pembimbing iaitu Cikgu Saripah bt Embong dan Cikgu Mokhtar bin Sidek.

Sekalung Tahniah kepada Team Inovasi Sekolah terutamanya anak-anak Al Fateh.

1fed0c08-4181-4990-9b87-1cad26f9c4921636b8f1-ff75-4f7a-bb82-096b24a8f6c3b4e6fa05-2f6f-48df-9fbf-3a74a8377e33

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI