Tag: sem

Encik Mazlan Rasmi SEM 2014

Slide32 SMIYT KTRG SBT , 24 April : Pameran Schoolwide Enrichment Model ( SEM ) bagi tahun 2014 peringkat Sekolah telah dirasmikan oleh Encik Mazlan bin Che Wil , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perjawatan Yayasan Terengganu merangkap Pengerusi SEM Negeri.

Matlamat SEM yang diadakan ini agar dapat membantu pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif. Ianya juga dapat mengaplikasikan maklumat & pengetahuan bagi menyelesaikan masalah dan menghasilkan inovasi disamping memperkembangkan minat dan bakat untuk merekacipta dan sekaligus dapat menyumbangkan kepada masyarakat

Slide103Slide10Slide1Slide21Slide16Slide84

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pameran SEM Negeri Terengganu 2013

Slide20K.TRG , 30 September : Satu Pameran SEM telah diadakan di Stadium Tertutup Negeri, Batu Buruk Kuala Terengganu bermula 6 – 8 September yang lalu.

Pesta Schoolwide Enrichment Model ( SEM ) merupakan program pengayaan untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan minat, pengetahuan dan idea kreatif mereka dalam bidang kajian yang diminati.

Bidang kajian ini terdidri daripada pelbagai disiplin ilmu berdasarkan minat dan kecenderungan pelajar. Pesta SEM ini juga merupakan kemuncak kepada segala usaha yang telah dicurahkan sepaya segala idea pelajar yang kreatif dan kritis ini dapat ditampilkan kepada umum untuk manfaat bersama-sama.

Dalam pesta tersebut sebanyak 25 buah sekolah telah menyertainya. Sekolah ini juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan idea kreatif dan akhirnya membawa kemenangan kepada sekolah. Pesta ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II , Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh.

Berikut adalah keputusan pameran.

2 pasukan mewakili sekolah :

1) Pasukan Pameran – tajuk projek inovasi : Solar Hybrid Car

2) Pasukan Bertanding – tajuk projek kajian – The Miracles of Extract Pandan(pandanus amaryllifolius Roxb ) in Making Soap and Pests Repellent Products.

 

Pencapaian :

Johan Booth Informatif – ( sijil & wang tunai RM 300.00 )

Ke 3 – Presenter Depan Khalayak Awam ( cenderamata )

Ke 5 – Dokumentasi terbaik ( sijil & wang tunai RM 150.00 )

Slide1 Slide14Slide11Slide4Slide13Slide21

 

TAHNIAH & SYABAS !!!!!

SK Kg. Baru Serada Lawat Pameran SEM 2013

Slide13SMIYT KTRG SBT , 1 Julai : Pameran SEM yang telah diadakan bermula 30 Jun, hari ini telah dikunjungi dari SK Kg. Baru Serada yang terdiri daripada semua murid tahun 6 dan guru pengiring.

Mereka telah melawat pameran yang diadakan di dewan Asyatibi. Sementara itu, guru pengiring telah meninjau bilik galeri sekolah. Penerangan mengenai pembangunan dan akademik sekolah telah diberi penerangan oleh Cikgu Kadijah yang merupakan Setiausaha Sekolah.

Dalam masa yang sama juga , mereka mengambil kesempatan melawat pameran Sains World yang diadakan di Makmal Sains.

Slide19Slide16Slide12

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Schoolwide Enrichment Model ( SEM )

Slide14SMIYT KTRG SBT , 30 Jun : A detail blueprint for total school improvement which is flexible for the school to develop based on local resources, students population, school leadership and faculty strengths and creativity

Slide20Slide28Slide43

For more pictures please click HERE