Tag: mpibg

Sumbangan Projek Naik Taraf Surau Tokku Pulau Manis, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

MPIBG SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah memulakan misi pengumpulan dana infaq untuk projek naik taraf Surau Tok Pulau Manis.  Projek naik taraf ini sudah bermula melibatkan membaik pulih kerosakan tandas, sistem perpaipan lama, membaik pulih 45% atap bocor, menampung kos tempahan tabir baharu dan membiayai kos penambahan pendingin hawa.

Surau Tok Pulau Manis merupakan pusat beribadah bagi warga iKT, dimana para pelajar akan solat secara berjemaah dan dijadikan sebagai pusat hafazan Al Quran serta aktiviti lain yang berkaitan.
Sehubungan itu, Pihak MPIBG SM Imtiaz YT Kuala Terengganu mengalu-alukan sumbangan infaq daripada semua dermawan dan kaum muslimin muslimat khasnya para alumni SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun :

Tetuan MPIBG Imtiaz YT Kuala Terengganu
13017010051813
BANK ISLAM
SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan. Semoga ia diterima sebagai amal jariah yang berkekalan..

Tulus,
Mohd Azam Bin Syaffiee
Naib Yang Dipertua
MPIBG SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Mesyuarat Majlis Pemuafakatan Ibubapa dan Guru Kali Pertama 2016

Slide3SMIYT KTRG SBT , 11 Januari : Mesyuarat Majlis Pemuafakatan Ibubapa dan Guru Kali Pertama 2016 telah diadakan petang ini di bilik Mesyuarat Sekolah.

Yang Dipertua MPIBG , Tuan Haji Zulkifli bin Abu Bakar mempengerusikan mesyuarat tersebut yang dihadiri semua Ahli Jawatankuasa MPIBG.

Slide1Slide2

Mesyuarat AJK MPIBG Kali 1 Tahun 2012

KUALA TERENGGANU, 16 Feb : Satu mesyuarat AJK Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa dan Guru bagi kali pertama tahun 2012 telah di adakan pagi ini.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Jain bin Awang selaku Timbalan Yang Dipertua MPIBG. Hadir dalam mesyuarat tersebut ialah :

1. Puan Mardziah binti Che Abdullah - Setiausaha

2. Puan Nurhakimah binti Muhammad - Bendahari

3. Encik Mohd Mazri bin A. Rahman - AJK

4. Tuan Haji Mohd @ Ab Razak bin Jusoh - AJK

5. Encik Ahmad Fathi bin Mokhtar - AJK

6. Puan zawiah binti Hashim - AJK

7. Encik Razali bin Mohamad - AJK

8. Encik Abdul Rahim bin Ramli - AJK

Turut hadir ialah

1. Puan Faidahnam binti Busu

2. Encik Md Nor b Yahya

3. Encik Zakaria bin Mohamad

4. Puan Zaleha binti Mamat

5. Puan Hayti binti Ismail

6. Puan Norhidayah binti Ibrahim