Tag: kem

Kem Halawah Al Quran 2013

Slide1AGRO RESORT , SETIU , 24 Jun : Kem tersebut telah diadakan di Agro Resort, Setiu bermula 20hb dan berakhir 22 Jun baru-baru ini.

Kem ini telah disertai seramai 120 orang pelajar terdiri daripada 60 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan.

Menurut Ketua Jabatan Al Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, pelajar-pelajar ini dipilih berdasarkan prestasi hafazan yang rendah. Ianya bertujuan memberi pendedahan serta menaikkan semangat pelajar-pelajar ini untuk menghafaz Al Quran.

Slide4Slide2Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kem Celik Matematik Tambahan 2013

DSC00467SMIYT KTRG SBT , 6 Jun : Himpunan Mahasiswa Matematik ( HIMMAT ) dengan kerjasama Jabatan Matematik, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ( HEPA ) dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) telah menganjurkan Program Kem ini yang bermula hari ini dan akan berakhir 8 Jun 2013. Ianya diadakan di Dewan Asyatibi SM Imtiaz Kuala Terengganu yang sepatutnya diadakan di UMT.

Kumpulan sasar adalah semua pelajar tingkatan 5. Kem ini bertujuan bagi meningkatkan motivasi pelajar bagi menguasai ilmu Matematik Tambahan dengan menanamkan sikap yang positif dan minat yang mendalam terhadap Matematik Tambahan.

Disamping itu memperkukuhkan asas-asas ilmu matematik yang menjadi keperluan pembelajaran semasa di sekolah dan di peringkat yang lebih tinggi nanti. Kem tersebut dapat dijalankan dalam bentuk bengkel, rekreasi dan penerokaan secara bersantai tanpa terlalu berbentuk akademik. Aktiviti – aktiviti yang disusun-atur lebih kepada berbentuk keceriaan dan kerja dalam berpasukan. Pembelajaran matematik yang diterapkan dalam kem ini lebih kepada penerokaan dan pengalaman pembelajaran.

Penceramah terdiri daripada Prof. Madya Dr. Sabri bin Ahmad, Pensyarah Kanan Jabatan Matematik UMT, Guru pakar Matematik Tambahan serta Fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa UMT.

DSC00466DSC00464DSC00463DSC00461DSC00470DSC00469

IMG_0001

IMG_0002

JADUAL KEM

IMG_0003

IMG_0004

IMG_0005

Kem Memperkasakan Bahasa

Slide1SMIYT KTRG SBT , 5 Jun : Program ini telah diadakan di Dewan Asyatibi yang melibatkan semua pelajar tingkatan 4.

Ianya dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu 5-6hb Kem Memperkasakan Bahasa Inggeris dan 7-8hb Kem Memperkasakan Bahasa Arab.

Bagi mengendalikan program ini, pihak pengurusan telah menggunakan kepakaran dari UiTM dan UNISZA sebagai fasilitator.

Tujuan program ini adalah bagi memperkasakan pengusaan Bahasa di kalangan pelajar dari aspek penulisan dan percakapan. Juga teknik menjawab peperiksaan dengan tepat disamping membiasakan pelajar penggunaan bahasa dalam percakapan. Manakala pada waktu malam pula akan dipenuhi dengan program kerohanian.

Slide2Slide3Slide4Slide5Slide6Slide7Slide9Slide10Slide8

IMG

Kem Kepimpinan Jati Diri MPP, MPS dan PRS

SEBERANG TAKIR , 13 Jul : Seramai 131 pelajar yang terdiri daripada 67 pelajar perempuan dan 64 pelajar lelaki telah menyertai program ini yang  bermula 12hb dan akan berakhir 14 Julai 2012.

Program ini telah diadakan di Kem Askar Melayu 18, Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Objektif utama kem ini diadakan adalah untuk pemantapan jati diri dan kepimpinan pelajar. Ianya juga bertujuan meningkatkan semangat setiakawan an kerjasama serta sikap bertanggungjawab dalam satu kumpulan. Disamping itu juga untuk meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal dikalangan pelajar.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Lagak ‘stunt’  SILA KLIK DI SINI