Tag: alquran

BACAAN SURAH AL-KAHFI

SMIYT SBT KTRG : Sememangnya setiap malam pelajar akan membaca ayat-ayat Al Quran terutamanya Surah Al Kahfi bagi pemantapan kerohanian dalam diri setiap pelajar.

Pelajar dapat menghayati surah Al-Kafi tentang kepentingan surah tersebut agar menjadi bekalan di akhirat kelak.

Slide2Slide3Slide1

Ceramah Penghayatan Al Quran

852112298_83211_10355402710403610237

SMIYT KTRG SBT , 24 Februari : Unit Al Quran pagi ini telah menganjurkan satu sesi ceramah mengenai Penghayatan Al Quran kepada semua pelajar bertempat di dewan Asyatibi.

Bertujuan supaya Al Quran ini sentiasa berada di dada pelajar dan cinta kepada Al Quran. Pihak Sekolah telah mengundang seorang penceramah iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz bagi megupas tajuk Ada Apa Dengan Cinta Al Quran.

Semoga program ini akan menjadi kekuatan kepada semua pelajar untuk meneruskan pembacaan Al Quran serta menghafaz dan menterjemahkannya.

852112265_83339_15925900451418433285852117329_83516_10107326833320159556

Majlid Tadarrus Al Quran & Ihftor Bersama Sultan Terengganu

Slide4 Seramai 30 pelajar sekolah ini telah diberikan penghormatan untuk bertadarrus bersama masyarakat  kampung di Masjid Al Ikhlas , Banggol Tuan Muda , Manir Kuala Terengganu petang semalam.

Dalam majlis tersbut juga , sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu mencemar duli untuk sama-sama berbuka puasa dengan masyarakat kampung di sekitar Masjid.

Pelajar sekolah ini juga tidak melepaskan peluang bersama-sama berbuka puasa bersama Sultan Mizan. Bertuah sungguh anak-anak  pelajar Imtiaz K.Trg.

Slide7Slide27Slide31

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kem Halawah Al Quran 2013

Slide1AGRO RESORT , SETIU , 24 Jun : Kem tersebut telah diadakan di Agro Resort, Setiu bermula 20hb dan berakhir 22 Jun baru-baru ini.

Kem ini telah disertai seramai 120 orang pelajar terdiri daripada 60 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan.

Menurut Ketua Jabatan Al Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, pelajar-pelajar ini dipilih berdasarkan prestasi hafazan yang rendah. Ianya bertujuan memberi pendedahan serta menaikkan semangat pelajar-pelajar ini untuk menghafaz Al Quran.

Slide4Slide2Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI