Tag: hafazan

Bengkel Persediaan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran (MTHQ) 2026

Bengkel Persediaan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran (MTHQ) 2026 telah diadakan bagi memantapkan persediaan peserta, guru pembimbing dan jawatankuasa sebelum pertandingan berlangsung.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan tentang format pertandingan, kaedah pemarkahan, teknik persembahan tilawah, kaedah hafazan yang berkesan serta aspek pengurusan pertandingan. Para peserta turut berpeluang menjalani sesi latihan dan menerima bimbingan secara langsung daripada guru-guru pembimbing.

Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat meningkatkan keyakinan, kemahiran dan kecemerlangan peserta dalam menghadapi Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran (MTHQ) 2026, sekali gus melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Semoga semua peserta memperoleh kejayaan yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang disertai.

Nasyid Layak Ke Peringkat Daerah

Slide29SMIYT KTRG SBT , 29 Mac : Idul Ilmi & Festival Nasyid bagi PKG Durian Burung telah diadakan pada selasa yang lalu bertempat di Dewan Asyatibi. Sekolah ini telah menyertai semua acara iaitu Nasyid , Tilawah , Syarahan dan Hafazan.

Berikut adalah keputusan rasmi dan layak ke peringkat daerah yang akan diadakan pada 7 April 2015 di SMK Ibrahim Fikri.

 

JOHAN : Nasyid

JOHAN : Tilawah Lelaki

JOHAN : Tilawah Perempuan

JOHAN : Hafazan Lelaki

JOHAN : Hafazan Perempuan

Slide45Slide23Slide39

Tahniah dan syabas

 

Wan Nur Hidayah Wakili Terengganu Ke Peringkat Kebangsaan

Slide13KUALA TERENGGANU , 12 Februari : Wan Nur Hidayah binti Abdul Razak , Pelajar tingkatan 3 telah mengharumkan nama sekolah setelah ditabalkan JOHAN hafazan peringkat Negeri Terengganu kategori 1 – 10 Juzuk dalam Majlis Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Terengganu.

Beliau akan mewakili Negeri  ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Mac di Negeri Kedah.  Hadiah telah disampaikan oleh YB Encik Ghazali bin Taib , Exco Pendidikan Negeri Terengganu yang mewakili Menteri Besar Negeri Terengganu bertempat di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man malam tadi.

Bagi lelaki kategori yang sama , Aziz Abidin bin Azmi Puat pula mendapat tempat ketiga.

Tahniah dan syabas untuk anak-anak Al Fateh

 

Amir Fahmi dan Muizzuddin Wakili Terengganu dalam MISS

Slide12KUALA BERANG , 26 Mei : Dalam Majlis Ihtifal Sekolah ( MISS ) Peringkat Negeri Terengganu, peserta sekolah iniAmir Fahmi dan Muizzuddin telah mengharumkan nama sekolah setelah diumumkan Johan bagi kategori Hafazan dan Qiraat Sab’ah seterus dapat mewakili Negeri Terengganu ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Jun 2014 bertempat di SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka.

Sebanyak 8 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini.

Berikut adalah keputusan rasmi yang melibatkan peserta sekolah ini sahaja.

 

Amir Fahmi – Johan Qiraat Sabaah Kategori Menengah Atas ( Layak wakili Negeri Terengganu )

Muizzuddin – Johan Hafazan Kategori Menengah Atas ( Layak wakili Negeri Terengganu )

Hasif b. Kamal – Naib Johan Qiraat Sabaah Kategori Menengah Rendah

HIWAR – Tempat Ke 3 Kategori Menengah Atas.

Slide22Slide2Slide9

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang mewakili sekolah ini.