KUALA TERENGGANU, 1 Feb : Sistem yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah petang tadi di Dewan Asyatibi.

Terdahulu dari itu, Penolong Kanan HEM, Tuan haji Ahmad Rdihuan bin Abd Ghani selaku orang yang bertanggungjawab melaksanakan sistem firqah ini telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada puan pengetua serta guru dan pelajar di atas kerjasama yang diberikan ke arah memajukan sekolah dengan melibatkan semua aktiviti.

Dalam ucapan puan pengetua, beliau berharap dengan adanya sistem seumpama ini akan memberikan kesan yang positif dalam semua aspek bukan hanya di kalangan pelajar tetapi juga di kalangan guru.

Di antara objektif sistem firqah ini ialah dapat melahirkan sekolah yang unik dan istimewa ” School with character” ( sekolah berwatak. Disamping itu juga dapat membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Antara objektif lain ialah dapat memperkasakan jati diri murid, berketrampilan, berkeyakinan, berdaya saing dan berdaya kepimpinan. Juga dapat mewujudkan semangat pertandingan yang sihat dalam kalangan murid dan mewujudkan semangat kekeluargaan dan kekitaan ” sense of belonging” dengan menanam perasaan ” menyayangi yang muda, menghormati yang tua” antara ahli firqah.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.