Slide60KEM PENGAKAP TENGKU MUHAMMAD ISMAIL , 29 Mei : Perkhemahan Tahunan Badan Uniform yang berakhir hari ini telah dirasmikan majlis penutupan oleh Puan Norhayati binti Ibrahim, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar , Yayasan Terengganu.

Turut mengiringi beliau adalah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Semua Penolong Kanan dan guru yag terlibat.

Perkhemahan Badan Berunifrom ini merupakan aktiviti tahunan Sekolah yang merupakam aktiviti utama kegiatan Kokurikulum. Melalui akvtiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dapat dipupuk secara ‘ hands on ‘ dengan sifat yang mulia seperti bertoleransi , berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat dan syabas juga kepada Penolong Kanan Kokurikulum , Ustaz Md Nor bin Yahya serta jawatankuasa yang lain kerana telah berjaya mengadakan aktiviti ini.

Slide15Slide14Slide2

Slide4Slide3Slide5

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI