bergambar bersama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Bin Said (tujuh dari kanan)

Majlis perasmian Program Tadarus Al-Quran (keluarga) oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu telah berlangsung di Masjid Raja Chendering pada 4 Ogos 2011 selepas solat terawikh yang diimamkan oleh imam jemputan dari Arab Saudi dan Mesir. Objektif program ini ialah untuk menimbulkan kesedaran dan memantapkan kemahiran membaca al-quran dalam jiwa setiap ahli keluarga disamping menjalinkan hubungan silaturahim antara kalangan keluarga dan komuniti setempat bersesuaian dengan Tema Tadarus Al-Quran (Tadarus Keluarga) pada tahun ini iaitu “ Ke Arah Membudayakan Al-Quran Dalam Kehidupan Berkeluarga ”.

Berikut adalah sedikit petikan ucapan Dato’ Seri Menteri Besar :

1. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat yang diberi tumpuan oleh Rasulullah S.A.W dalam bulan Ramadhan bersama Saidina Jibril.

2. Sempena Program Ihya Ramadhan Peringkat Negeri Terengganu tahun 1432H/2011M, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan kerjasama pengerusi dan jawatankuasa masjid-masjid terpilih mengambil inisiatif untuk menganjurkan amalan tadarus ini. Program ini di taja oleh Top It Sdn.Bhd.

3. Sebanyak 19 buah masjid dari 3 buah parlimen (Kuala Terengganu, Marang Dan Kuala Nerus) telah dipilih untuk menjayakan program ini dengan penglibatan seramai 30 orang pelajar tahfiz dari SM imtiaz YT Kuala Terengganu (KOSPINT) untuk mengetuai tadarus al-quran bersama masyarakat setempat.

Sesi bergambar juga telah diadakan selepas majlis jamuan moreh.