KUALA TERENGGANU , 17 Jul : Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Terengganu yang akan mengadakan Majlis Pelancaran Pengibaran Bendera Malaysia ( Jalur Gemilang ) sempena Hari Kebangsaan yang ke 55, pihak sekolah telah mengikut jejak langkah kerajaan dengan melancarkan majlis tersebut di peringkat sekolah petang ini.

Di antara objektif adalah sebagai tanda kesyukuran, keperihatinan dan kecaknaan pelajar dan warga sekolah amnya terhadap kemerdekaan Negara kita yang tercinta.

Pihak sekolah akan menghantar seramai 40 orang pelajar ke Dataran Syahbandar malam ini untuk sama-sama meraikan perayaan Bulan Kemerdekaan yang ke 55 Peringkat Negeri Terengganu yang bermula jam 8.00 malam.

Pengibaran Jalur Gemilang ini akan berkahir pada 16 September 2012 ( Hari Malaysia )

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI