Program Nuqaba’ 2016

Slide14SMIYT KTRG SBT, 7 Mac : Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam yang bermula pada 3 – 5 Mac 2016 ini merupakan satu aktiviti kepada semua Naqib dan Naqibah bertujuan sebagai menambah nilai kepimpinan mereka dalam menjalani program yang berbnetuk dakwah dan melatih mereka agar sentiasa beristiqamah dalam menjalankan sesuatu kewajipan yang diamanahkan.

Semoga program ini akan memberi kesan yang mendalam seterusnya dapat mengalirkan ilmu ini kepada pelajar yang lain.

Tahniah dan syabas kepada fasilitator luar yang telah memberikan kerjasama yang penuh bagi menjayakan program ini.

Slide15Slide87Slide98Slide158Slide172

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Engku Salman dan Mohd Lutfil Hadiy Pelajar Terbaik SPM 2015

Slide38SMIYT KTRG SBT, 3 Mac : Dengan memperolehi 10A+ 1A melayakkan Engku Salman dan Mohd Lutfil Hadiy sebagai pelajar terbaik SPM 2015 Sekolah ini yang diumumkan oleh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman.

Seramai 9 pelajar memperolehi 11A , 8 pelajar 10A, 12 pelajar 9A dan 12 pelajar 8A. Semua hadiah dan slip peperiksaan yang disampaikan oleh Tuan Haji Jain bin Awang, Timbalan MPIBG.

Berikut adalah senarai nama pelajar yang mendapat 11A

  1. Engku Salman bin Engku Zakir Husien 10+ 1A
  2. Mohd Lutfil Hadiy bin Zainol Hadiy 10A+ 1A
  3. Alya Farhana binti Abdul Rashid
  4. Aziz Abidin bin Azmi Puat
  5. Muhammad Imran bin Azmi
  6. Nur Wafi Syamimi binti Mohd Putera
  7. Muhammad Luqman Hakim bin Zakaria
  8. Muhammad Aqil bin Mohd Sabri
  9. Tengku Kamilah binti Tengku Nazmi

Slide50Slide73Slide86

 

TAHNIAH DAN SYABAS

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Lawatan Penandaarasan Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus, Terengganu

Slide99SMIYT KTRG SBT, 24 Februari : Hari ini pihak Sekolah telah menerima kunjungan dari Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus. Rombongan ini terdiri daripada 8 orang guru yang diketuai oleh Pengetua, Ustaz Wan Embong bin Wan Ngah dan 120 orang pelajar.

Rombongan ini telah dibawa ke Surau untuk melihat pelajar sekolah ini menghafaz Al Quran sebelum mereka diberi taklimat khas mengenai perkembangan sekolah.

Slide98Slide102Slide103Slide105

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Ceramah Motivasi Ustaz Mizan

Slide3SMIYT KTRG SBT, 24 Februari : Baru-baru Sekolah telah menganjurkan satu program Motivasi untuk semua pelajar yang dikendalikan oleh Ustaz Mizan, Pakar Motivasi yang terkenal.

Semoga program ini akan memberi suntikan baru kepada semua pelajar bagi mempertingkatkan lagi pembelajaran di Sekolah.

Slide9Slide16Slide20Slide22

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.