Pasukan Sekolah Johan Pertandingan Geometers Sketchpad Peringkat Negeri Terengganu

Slide1KUALA TERENGGANU , 26 Mei : Sekalung tahniah dan syabas kepada peserta sekolah ini  apabila diumumkan johan bagi kategori Menengah Atas dalam pertandingan Geometer’s Sketchpad ( GSP ) bagi program Kebitaraan Matematik.

Ianya telah diadakan di Batu Buruk Beach Resort yang bermula 23 – 24 baru-baru ini. Manakala kategori Menengah Rendah hanya mendapat saguhati.

Objektifnya ialah

1. Dapat melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam bidang IT.

2. Mempertingkatkan pengetahuan pelajar dalam subjek Matematik.

3. Meningkatkan kualiti PdP dengan menggunakan BBM yang menarik.

4. Meningkatkan minat dalam kalangan pelajar terhadap subjek Matematik dengan menggunakan BBM yang dihasilkan.

 

Tahniah dan syabas!!

Verifikasi New Deals Kali Ke 4

Slide19SMIYT KTRG SBT , 21 Mei : Seramai 6 orang Pegawai Jemaah Nazir telah tiba ke sekolah ini untuk Verifikasi New Deals kali 4 pada pagi tadi.

Mereka diketuai oleh Tuan Haji Md Tah. Semoga pada tahun ini terus mendapat kecemerlangan yang berterusan. InsyaAllah. Syabas diucapkan kepada semua Penolong Kanan dan guru yang telah memberi kerjasama yang penuh ketika berhadapan dengan jemaah Nazir.

Slide2Slide6Slide7

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Syabas dan tahniah!!!!

Dikir Arab

Slide3SMIYT KTRG SBT : Dengarkan persembahan dikir Arab yang dibawa khas oleh pelajar-pelajar sekolah sempena pertandingan dikir Arab yang diadakan baru-baru ini di SM Imtiaz Besut, Terengganu.

Slide5Slide1Slide4

Persembahan Dikir Arab – VIDEO

Lawatan Penandaarasan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Slide18SMIYT KTRG SBT , 11 Mei : Rombongan Pegawai-pegawai , Pengetua-pengetua serta penyelaras Kelas Rancangan Khas(KRK), Kelas Aliran Agama(KAA) Negeri Melaka di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah mengunjungi sekolah ini pagi tadi.

Mereka telah disambut oleh Pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , semua Penolong Kanan serta Ketua – ketua jabatan.

Rombongan mereka diketuai oleh Tuan Haji Zulkifli bin Haji Othman. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat projek kecemerlangan sekolah dan lain-lain lagi.

Slide9Slide3Slide15

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI