Pengetua Sekolah Malaysia Lawat Imtiaz YT Kuala Terengganu

Slide17SMIYT KTRG SBT , 13 April : Seramai 28 orang Pengetua telah mengunjungi sekolah ini dalam rangka lawatan rasmi Penanda Aras.

Kehadiran rombongan tetamu kehormat ini telah menerima layanan mesra daripada pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman bersama dengan semua Penolong Kanan , Ketua Jabatan serta guru.

Kehadiran tetamu kehormat ini adalah satu satu daripada aktiviti sempena Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia kali ke 55 yang telah diadakan di Kuala Terengganu.

Slide1Slide16Slide18

Gambar selanjunya sila klik DI SINI

Team Inovasi Sekolah Ditawarkan Ke Romania

 

a8045ddf-0968-441d-9548-6b32668d7116

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS , 10 April : Sekalung Tahniah kepada Team Inovasi Sekolah yang diketuai oleh Cikgu Saripah binti Embong bersama 3 orang pelajar telah mendapat penghargaan yang begitu tinggi apabila ditawarkan membuat pameran di Romania bermula 19 hingga 21 Mei 2016.

International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-envex 2016) yang bermula pada 8-10 april 2016 telah diadakan di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis ( UNIMAP ) yang disertai sebanyak 20 buah Negara dan 123 buah high School. SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dalam kategori A iaitu Agriculture,Environmental and Renewable Energy.

Sekolah ini telah mencapai gold Prize dan Special Award daripada Romanian Inventors Forum (RIF) iaitu special price:Free Booth at 8th European Exhibition of Creativity and Innovation 19-21 may 2016 di Iasi-Romania. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4 iaitu Afrina Mardhiah bt Ab Manan ,Nur Athirah bt Noor Asa’ari, Hanie Hayatie bt Hashim dan guru pembimbing iaitu Cikgu Saripah bt Embong dan Cikgu Mokhtar bin Sidek.

Sekalung Tahniah kepada Team Inovasi Sekolah terutamanya anak-anak Al Fateh.

1fed0c08-4181-4990-9b87-1cad26f9c4921636b8f1-ff75-4f7a-bb82-096b24a8f6c3b4e6fa05-2f6f-48df-9fbf-3a74a8377e33

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Lawatan Penanda Aras SMK Putra , Kangar , Perlis

Slide10SMIYT KTRG SBT , 10 April : Seramai 44 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Putra , Kangar , Perlis telah mengunjungi sekolah ini dalam rangka lawatan Penanda Aras.

Rombongan tersebut telah disambut oleh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman , Penolong Kanan HEM , Encik Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani , Encik Mohd Nor bin Yahya , Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip , Penolong Kanan Ulul Albab dan Ketua-ketua Jabatan.

Mereka telah di bawa meninjau tempat pelajar menghafaz Al Quran iaitu di Balai Quran dan Di Surau sebelum ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai pembangunan sekolah dan juga sistem Pengajaran dan Pembelajaran di sini.

Slide1Slide2Slide3Slide4Slide5Slide6Slide7Slide8Slide11Slide12

 

MASSMIYT 2016 : Kategori Perempuan Johan Keseluruhan ,Bola Tampar Penyelamat Maruah Lelaki

Slide73SM IMTIAZ KEMAMAN , 8 April : Hari ini tirai sukan MASSMIYT 2016 telah dilabuhkan secara rasminya oleh Pengarah Yayasan Terengganu , Tuan Haji Mohammad bin Sulong apabila beliau merasmikan majlis penutupan temasya sukan SM Imtiaz Terengganu pagi tadi.

Bagi kategori perempuan , SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dinobatkan Johan Keseluruhan Perempuan , manakala SM Imtiaz YT Dungun Johan keseluruhan Lelaki dan Keseluruhan Temasya sukan MASSMIYT 2016.

Bagi kategori Lelaki sekolah ini, bola Tampar telah berjaya menyelamatkan maruah sekolah ini kerana acara ini merupakan satu-satunya dalam kategori lelaki dinobatkan Johan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta , jurulatih , guru pengiring serta kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam temasya kali ini.

Kedudukan Pingat

  1. Imtiaz Dungun ( 7 Emas 4 Perak )
  2. Imtiaz Kuala Terengganu ( 5 Emas )
  3. Imtiaz Kuala Berang ( 3 Emas 3 Perak )
  4. Imtiaz Kemaman ( 2 Emas 2 Perak )
  5. Imtiaz Besut ( 1 Emas 9 Perak )
  6. Imtiaz Kuala Nerus ( 0 )
  7. Imtiaz Setiu ( 0 )

Berikut adalah keputuan rasmi bagi setiap kategori.

KATEGORI LELAKI

Petanque

JOHAN : Imtiaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz Kemaman

 

Pingpong Menengah Rendah

JOHAN : Imtiaz Kuala Berang

NAIB JOHAN : Imtiaz Besut

 

Pingpong  Menengah Atas

JOHAN : Imtiaz Kuala Berang

NAIB JOHAN : Imtiaz Besut

 

Badminton Menengah Rendah

JOHAN : Imtiaz Kemaman

NAIB JOHAN : Imtiaz Dungun

 

Badminton Menengah Atas

JOHAN : Imtiaz Kuala Berang

NAIB JOHAN : Imtiaz Besut

 

Sepak Takraw Menengah Rendah

JOHAN : Imtiaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz Kemaman

 

Sepak Takraw Menengah Atas

JOHAN : Imtiaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz Besut

 

Bola Tampar

JOHAN: Imtiaz Kuala Terengganu

NAIB JOHAN : Imtiaz Dungun

 

Futsal Menengah Rendah

JOHAN: Imtiaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz Kuala Berang

 

Futsal Menengah Atas

JOHAN : Imtiaz Kemaman

NAIB JOHAN : Imtiaz Besut

 

KATEGORI PEREMPUAN

Petanque

JOHAN : Imtiaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz Besut

 

Pingpong Menengah Rendah

JOHAN : Imtiaz Kuala Terengganu

NAIB JOHAN : Imtiaz Besut

 

Pingpong  Menengah Atas

JOHAN : Imtiaz Kuala Terengganu

NAIB JOHAN : Imtiaz Besut

 

Badminton Menengah Rendah

JOHAN : Imtiaz Besut

NAIB JOHAN : Imtiaz Dungun

 

Badminton Menengah Atas

JOHAN : Imtiaz Kuala Terengganu

NAIB JOHAN : Imtiaz Dungun

 

Bola Tampar

JOHAN: Imtiaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz Kuala Berang

 

Bola Jaring Menengah Atas

JOHAN : Imtiaz Kuala Terengganu

NAIB JOHAN : Imtiaz Kuala Berang

 

Bola Jaring Menengah Rendah

JOHAN : Imtiaz Dungun

NAIB JOHAN : Imtiaz Besut

Slide54Slide72Slide85Slide95Slide122

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

 

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.